![]() |
| BLACK DAY 23/02 |
Sudah genap setahun tragedi berdarah ini berlaku didalam UPM. Dalam tragedi ini dua orang pengawal keselamatan telah tercedera. Daripada respon yang saya dapati daripada salah seorang pengawal keselamatan, peristiwa tersebut akan sentiasa segar didalam ingatan beliau kerana peristiwa tersebut telah mengakibatkan beliau mengalami kesakitan seumur hidup walaupun sudah pulih sepenuhnya kerana salah satu daripada urat beliau telah terputus. Kejadian tersebut telah mengakibatkan pintu kaca automatik didepan bangunan pentadbiran telah pecah akibat rempuhan daripada mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai pembela mahasiswa atau lebih dikenali sebagai Pro Mahasiswa UPM ataupun PMIUPM. Kejadian berpunca daripada rentetan peristiwa Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM yang mana berlakunya bantahan terhadap calon Pro mahasiswa yang menang pada Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM kerana melanggar peraturan Pemilihan Pewakilan Pelajar yang telah ditetapkan oleh Universiti iaitu bertanding secara berkumpulan. Kumpulan tersebut juga telah bertindak kurang ajar terhadap Datuk Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan(TNC HEPA UPM) dengan memaki dan merampas fail bukti. Kumpulan tersebut telah dibantu oleh Pro Mahasiswa Nasional, Gamis dan juga SMM. Pada hari kejadian juga segala urusan dibangunan pentadbiran telah lumpuh disebabkan pintu kaca yang memisahkan mahasiswa yang berkumpul didepan bangunan pentadbiran tersebut telah ditutup kerana mereka ingin membuat kacau didalam pejabat Dato' Naib Canselor dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Kebanyakkan mahasiswa yang berkumpul didepan bangunan pentadbiran pada hari kejadian semuanya telah ditipu oleh Pro Mahasiswa UPM dan PMIUPM kerana mereka mengatakan bahawa mahasiswa yang berkumpul telah dikasari oleh pengawal keselamatan UPM. Mereka bersurai setelah pintu kaca yang menjadi pemisah antara mereka dengan pegawai-pegawai UPM pecah dan adanya yang tercedera akibat tindakan bodoh mereka ini. Adakah mereka ini layak digelar sebagai kumpulan pembela mahasiswa yang sentiasa dilaung-laungkan oleh mereka ini? Ataupun mereka ini layak digelar sebagai Komunis UPM kerana mereka sendiri tidak suka UPM berada didalam keadaan yang aman. Apakah hala tuju kita sebagai mahasiswa? Adakah kita masuk ke Universiti ingin berdemo? ataupun merosakkan nama Universiti mata dunia? Bersama-samalah kita menjaga keamanan Universiti kita daripada perkara-perkara yang tidak baik.
MANGSA KEJADIAN
DALANG 23/02
ORANG LUAR YANG TERLIBAT
VIDEO KURANG AJAR DAN RAMPAS FAIL
VIDEO REMPUH PINTU



harap kejadian ne x terjadi lg pada prk akan dtg,,
ReplyDeletekonpiyus aku si lidahputra nie, ari tue balun TNC. ni cam kipas TNC plak
ReplyDeletedie kan lidah...mmg lidah tu boleh jadi ape2 kan..boleh cakap benar n menipu
ReplyDelete