Monday 24 September 2012

Kabinet SPU Memeningkan Kepala


Hari ini Arif Baba telah mengeluarkan Kabinet Siswa Penggerak Universiti (SPU). Nampaknya SPU ini macam telah dirancang awal oleh Arif Baba sebelum Pemilihan Pewakilan Pelajar kerana  SPU ini nampak  lebih tersusun tidak macam pergerakan pelajar yang lain. Adakah ini merupakan satu langkah awal permulaan kepada pergerakkan pelajar yang baru? Siapakah yang dikatakan STAR diatas? Adakah ianya Arif Baba ataupun orang luar? Hari ini makin ramai calon dan mantan MPP yang mengeluarkan status untuk bersama-sama dengan SPU. Adakah SPU ini akan terus kekal sebagai satu badan yang akan menggerakkan pelajar di UPM ini ataupun ianya akan berkubur selepas Pemilihan Pewakilan Pelajar? Mohon Arif Baba untuk mengeluarkan kenyataan berhubung berkenaan dengan kabinet ini ataupun ianya adalah sebagai langkah untuk mempromosikan MLM beliau. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dijawab oleh Arif Baba.

Sunday 23 September 2012

Kewujudan SPU Menjadi Tanda Tanya Banyak Pihak

 Pada tahun ini, kita dapat melihat wujudnya persaingan yang sihat didalam Pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar untuk sesi 2012/2013 apabila saudara Arif Baba mewujudkan gerakan baru setelah beliau tidak lagi sehaluan dengan Aspirasi UPM. Adakah kewujudan SPU ini merupakan tanda protes beliau terhadap pihak pentadbiran universiti setelah perjuangan beliau menuntut kompleks mahasiswa tidak dilayan oleh pihak universiti ataupun ia merupakan petanda awal kebangkitan mahasiswa dalam menentukan masa depan universiti yang selalu dibelakangi oleh parti politik? Mahasiswa sekarang sudah sedar yang Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa merupakan pergerakan pelajar yang retorik semata-mata yang berjuang untuk mahasiswa tetapi diguna pakai oleh parti politik diluar. Mungkin juga dengan kewujudan SPU ini dapat membuka mata masyarakat diluar yang mahasiswa sekarang makin bijak menentukan masa depan mereka tanpa perlu dibanyangi oleh mana-mana parti politik. Sama-samalah kita nantikan kenyataan-kenyataan yang akan dikeluarkan oleh saudara Arif Baba terhadap perjuangan SPU ini sama ada SPU ini untuk perjuangan mahasiswa ataupun merupakan pencaturan pihak Universiti dalam Pemilhan Pewakilan Pelajar sesi 2012/2013.


Saturday 22 September 2012

Arif Baba Keluar Aspirasi

Pertanyaan dan persoalan yang timbul dengan perangai Arif Baba terjawab apabila beliau mengaku keluar daripada Pro-Aspirasi UPM di dalam video yg saya ambik daripada status beliau di facebook. Ini amat memeranjatkan kerana Pemilihan Pewakilan Pelajar hanya tinggal 3 hari saja lagi. Arif Baba juga mewujudkan group baru yg diberi nama Siswa Penggerak Universiti (SPU) yang berjuang untuk mahasiswa dan tidak mahu campur tangan daripada mana-mana pihak pun.Pergerakan baru yang ditubuhkan oleh Arif Baba ataupun SPU turut menghantar calon dalam pemilihan pewakilan pelajar tahun ini.Selain itu, pengunduran Arif Baba daripada Pro-Aspirasi UPM juga turut diikuti oleh kawan-kawan rapat beliau yang telah lama berjuang untuk Aspirasi. adakah ini merupakan petanda awal kejatuhan Pro-Aspirasi di UPM? sama2 kita nantikan langkah seterusnya yang akan diambik oleh arif baba.

Friday 21 September 2012

Mantan NYDP Makin Pelik Menjelang Pemilihan Pewakilan Pelajar

Sejak bermulanya Pemilihan Pewakilan Pelajar sesi 2012/2013 Mantan NYDP, Muhammad Ariff Baba semakin pelik apabila kelihatan tidak lagi bersama Aspirasi yang sekarang ini dipimpin oleh Khairulfadzreen Borhan. Adakah ini merupakan petanda awal perpecahan Aspirasi yang kian melanda UPM sekarang ini? Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Mantan NYDP juga  didalam status facebook beliau semakin pelik apabila ada diantara status beliau yang menolak AMAN KAMPUS dan Alumni ASPIRASI. Adakah ini merupakan penyebab kenapa Arif Baba digulingkan sebagai Ketua Jentera ASPIRASI dan digantikan oleh Borhan? Semalam Arif Baba telah mengeluarkan 2 gambar DIAMBANG PEMILIHAN MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR yang melambangkan LRT dan ROLLER COASTER. Adakah Arif Baba mempunyai pergerakan baru ataupun ini merupakan propaganda yang dimainkan oleh ASPIRASI menjelang Pemilihan Pewakilan Pelajar sesi 2012/2013 ataupun ini merupakan gerakan mahasiswa yang baru tanpa perlu bernaung dibawah sesiapa pun? Bersama kita nantikan status terbaru Arif Baba didalam facebook beliau!!!!!!! 


Tuesday 18 September 2012

UPM Tidak Perlukan AMAN KAMPUS

AMAN KAMPUS adalah satu pergerakan yang diwujudkan oleh Alumni ASPIRASI untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya Pro Mahasiswa terhadap Universiti. Ia diwujudkan juga disebabkan ASPIRASI kini makin dibenci oleh mahasiswa disetiap Universiti disebabkan  ASPIRASI merupakan sebuah pertubuhan yang yang diguna pakai oleh HAL EHWAL PELAJAR (HEP) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk kepentingan mereka sendiri. Selain itu ahli-ahli AMAN KAMPUS terdiri daripada orang luar bukannya mahaiswa Universiti. AMAN KAMPUS juga menggunakan paltform pelajar sebagai penggerak disetiap Universiti bagi membolehkan mereka ini diterima disetiap Universiti. Menurut mantan NYDP UPM AMAN KAMPUS juga menyokong perhimpunan LGBT yang diadakan di Stadium UPM kira-kira 2,3 bulan yang lepas. Perhimpunan tersebut dikendalikan oleh NGO-NGO luar yang tidak menyokong LGBT yang diketuai oleh NGO TIBAI (Tolak Individu Yang Bernama Anwar Ibrahim) dan disokong oleh AMAN KAMPUS. Persoalan yang juga timbul kenapa perhimpunan seperti itu boleh diadakan di UPM sedangkan banyak lagi tempat luar yang boleh dibuat perhimpunan sedemikian. Adakah ini merupakan campur tangan AMAN KAMPUS yang bernaung pada KPT? Baru-baru ini saya ada terlihat banner AMAN KAMPUS yang digantung di bus stop didepan Kompleks Mahasiswa yang mengucapkan selamat datang pelajar baharu ke UPM. Adakah dengan mengangtungkan banner tersebut merupakan tiket untuk AMAN KAMPUS masuk campur terhadap Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM untuk tahun ini? Adakah pihak pentadbiran UPM semakin lemah sehingga memerlukan NGO-NGO luar untuk masuk campur didalam hal rumah tangga sendiri. Adakah UPM ini hendak menjadikan kami sebagai mahasiswa yang lesu ataupun ingin menjadikan kami mahasiswa UPM sebagai mahasiswa yang hanya mahu mengikut telunjuk orang luar? Dimanakah hak kami yang mahukan Universiti ini sebagai Universiti yang aman tanpa campur daripada orang luar. Mohon  Naib Canselor UPM supaya menjadikan UPM bebas daripada pengaruh luar yang tidak berkaitan.

Wednesday 12 September 2012

Kejutan Buat Mahasiswa UPM

Baru hendak memulakan pengajian bagi sesi pertama 2012/2013 kita mahasiswa UPM telah dikejutkan oleh pihak pentadbiran UPM dengan mengadakan pilihanraya kampus. Sedarkah pihak pengurusan UPM yang kami mahasiswa ini masuk ke Universiti untuk belajar dan menuntut ilmu menjadi sebagai manusia yang berguna bukannya untuk berpolitik. Saya masih tertanya kenapa pihak pentadbiran UPM ini tidak sabar-sabar untuk mengadakan pilihan raya kampus sedangkan pelajar lama masih ada yang tidak habis lagi mendaftar subjek. Adakah Pemilihan Pewakilan Pelajar tahun ini penentu untuk Pilihan Raya Umum Ke 13? Apa-apa pun saya doakan semoga mana mahasiswa yang bertanding pada kali ini akan bersedia memimpin dan bertanggungjawab melaksanakan amanah yang telah diberikan nanti. Janganlah ada mana-mana mahasiswa yang bertanding pada pemilihan pewakilan pelajar pada tahun ini menggunakan peluang ini untuk politik luar mereka. Jadi mahasiswa yang mempunyai jati diri yang kuat dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Saya juga memohon mana-mana mahasiswa yang menyokong Aspirasi ataupun Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)/Pro Mahasiswa (Pro M) supaya menjaga etika semasa pemilihan pewakilan pelajar pada tahun ini supaya peristiwa berdarah pada tahun lepas tidak akan berulang kembali.


Khas Untuk Pelajar UPM Tercinta


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia untuk sesi pengajian 2012/2013. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada mahasiswa baharu sesi 2012/2013 kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke UPM. Mungkin semua tertanya-tanya kenapa saya mengucapkan tahniah dan takziahkan ini kerana tahniah sebab anda berjaya menjadi mahasiswa Universiti Putra Malaysia untuk sesi 2012/2013 dan takziah pulak sebab anda menjadi sebahagian daripada kami mahasiswa UPM yang telah dilabelkan oleh masyarakat luar sebagi penganas disebabkan isu memecahkan pintu kaca bangunan pentadbiran yang berlaku pada tahun lepas. Semoga mahasiswa-mahasiswa baharu dapat membezakan mana yang baik dan buruk sewaktu anda belajar di UPM. Pesanan terakhir buat saya Ilmu itu bukan sekadar akademik tetapi ianya mempunyai pelbagai cabang kita yang menentukan sama ada ianya berguna untuk masa depan kita ataupun ianya mengikut hawa nafsu kita. Salam Perjuangan daripada LIDAH PUTRA yang akan membongkarkan segala masalah dalaman UPM supaya mahasiswa tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak.

Wednesday 18 April 2012

Kolam UPM Telah Dibaik Pulih

Berita Harian (10/04/2012)
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mana-mana mahasiswa yang berani membawa isu jalan ini untuk dimainkan didalam dada akhabar. Sekurang-kurangnya kita warga UPM dapat merasai jalan yang elok walaupun telah menunggu hampir 2 tahun. Apa yang menjadi persoalan kepada saya adalah kenapa pihak yang bertanggungjawab untuk  membaiki jalan ini mengambil masa yang lama sedangkan apa yang saya lihat jalan ini diturap hanyalah mengambil masa selama dua hari. Sedarkah kita semua, selama jalan ini rosak berapa banyak "rim" motosikal dan kereta mahasiswa yang telah rosak akibat daripada kerosakkan jalan ini? Kami mahasiswa bukannya kaya  untuk menukar "rim" setiap tiga bulan sekali. Apa yang saya tahu perkara ini telah lama dibawa oleh majlis perwakilan pelajar UPM kepada pihak pentadbiran universiti tetapi jawapan yang dapat hanyalah jalan yang rosak itu kepunyaan MPSJ dan bukannya tanggungjawab UPM. Sedarkah UPM yang kami pengguna jalan ini terdiri daripada warga UPM? Adakah nyawa dan keselamatan kami tidak dititik beratkan oleh UPM? Apa-apa pun tahniahlah kepada UPM sebab kolam ikan UPM berjaya dibaiki. Mohon supaya selepas ini kolam ikan ini tidak akan muncul lagi didalam dada-dada akhbar.

Laluan di hadapan kubur cina





Monday 16 April 2012

Aksi Terlampau Mahasiswa UPM

Larangan Menyertai Perhimpunan
Sedih dan pilu apabila mahasiswa sekali lagi hilang pertimbangan dengan mengadakan demostrasi jalanan bagi memansuhkan PTPTN di dataran merdeka pada Sabtu lepas. Bagi saya tidak salah untuk memansuhkan PTPTN tetapi bukan begini caranya kerana kita mahasiswa diberikan akal untuk berfikir bukannya untuk menyusahkan masyarakat di sekeliling kita. Lebih mengecewakan apabila mahasiswa UPM yang terlibat didalam demostrasi jalanan merupakan tonggak utama kepada demostrasi jalanan tersebut. Adakah pensyarah-pensyarah didalam UPM mengajar mahasiswa untuk berdemo? Adakah mahasiswa  UPM yang terlibat dengan demostrasi jalanan tersebut tidak tahu yang larangan untuk mengikuti demostrasi tersebut telah dikeluarkan oleh pihak HEP? ataupun mereka segaja ingin mencabar pihak pentadbiran UPM untuk mengambil tindakan terhadap mereka? Dimanakah silapnya adakah ia berpunca daripada pentadbiran UPM yang mengeluarkan larangan tersebut sehari sebelum demostrasi ataupun berpunca daripada mahasiswa itu sendiri? Paling sedih apabila mahasiswa UPM yang  memegang gambar Khalid Nordin yang dikalungkan dengan bunga dan ada juga yang memegang pembesar suara ketika speaking corner di dihadapan sogo. Adakah kita sebagai mahasiswa UPM bangga dengan perbuatan  mahasiswa tersebut? ataupun pentadbiran UPM bangga kerana berjaya melahirkan mahasiswa yang menyukai demostrasi jalanan. Sedarkah mahasiswa UPM tanggungjawab kita datang ke Universiti adalah untuk menuntut ilmu bukannya terlibat dengan demostrasi jalanan yang akhirnya akan merugikan masa depan kita juga. Saya mohon Dato' VC dan Datuk TNC HEPA untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang terlibat dengan demostrasi jalanan ini supaya ia boleh menjadi pengajaran kepada mahasiswa yang lain pada masa akan datang. Saya juga tidak mahu lagi dengar universiti lain  mengatakan Pentadbiran UPM penakut terhadap mahasiswa. Jadilah macam Pentadbiran UPSI yang sanggup mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang melanggar peraturan universiti.



Thursday 8 March 2012

Mantan Pres PMI VS Pres PMI

PERBALAHAN PMIUPM
Perbalahan di antara mantan Presiden PMIUPM 2010/2011, Abdul Razak Umar dengan Presiden PMIUPM, Mohd Hazim Mohd Noh semasa AGM PMIUPM disebabkan pertikaian Razak terhadap AGM yang berlangsung. Razak juga mendakwa AGM yang baru sahaja bermula tidak mengikut format dan notis jemputan AGM agak lewat dan dikatakan bercanggah dengan perlembagaan PMIUPM. Disebabkan kesilapan itu timbulnya perdebatan dan desakan untuk tunda AGM yang dikatakan berpunca daripada  kesilapan teknikal oleh penganjur. Akibat dari perbalahan itu, ramai dikalangan perwakilan dan pemerhati yang mula beransur meninggalkan majlis kerana kecewa dengan sikap perwakilan yang mencetuskan provokasi dengan mendesak AGM ditunda walaupun kerana kesilapan teknikal. Dalam AGM tersebut, 2/3 ahli yang datang telah bersetuju sebulat suara yang saudara Hazim kekal sebagai Presiden PMIUPM dan jawatan timbalan presiden serta setiausaha kerja  sahaja yang kekal. Hazim juga telah mendapat persetujuan daripada Datuk TNC HEPA yang berpendapat AGM itu telah sah kerana Hazim telah mendapat 2/3 sokongan daripada ahli yang hadir dan ia mengikut konstitusi yang telah ditetapkan dalam AGM. Adakah kepimpinan Hazim tidak lagi berkualiti ataupun ada pihak-pihak yang cuba untuk mencemarkan imej PMIUPM. Saya sebagai mahasiswa UPM berasa sungguh kecewa dengan sikap Razak yang mencertuskan provokasi supaya AGM tersebut dibatalkan. Selain itu, Razak juga membawa Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Cheras ke dalam AGM itu untuk menjadi pemerhati. Siapakah Razak sehingga dia sanggup membawa orang-orang Parti PAS masuk ke dalam kawasan kampus sedangkan ramai mahasiswa tahu yang PMIUPM menolak campur tangan politik di dalam kampus. Saya mohon kerjasama daripada pihak BHEP supaya memantau pergerakan PMIUPM ini supaya kampus UPM ini tidak tercemar dengan mana-mana parti politik. Moga dapat dipanjangkan untuk pengetahuan Dato' VC yang tercinta.

Friday 24 February 2012

MPPUPM Buat Hal Lagi

MPPUPM SESI 2011/2012
Sekali lagi kita dikejutkan dengan perangai MPPUPM sesi 2011/2012 yang perihatin terhadap mahasiswa akibat kelewatan kemasukkan duit pinjaman PTPTN sehingga sanggup mengadakan program sempena setahun memegang tampuk kepimpinan MPP dengan mengedarkan bubuk lambuk. MPPUPM sesi 2011/2012 dengan kerjasama Kelab Rukun Negara UPM  telah mengedarkan bubur lambuk di kafe kolej serumpun bermula pada jam 5 petang sehingga jam 6 petang. Sebanyak 1000 bubuk lambuk telah diperuntukkan untuk diberikan kepada warga kampus UPM tidak kira sama ada mahasiswa atau pun pekerja-pekerja Universiti. Seramai 15 orang daripada MPPUPM dan Kelab Rukun Negara telah terlibat dengan program tersebut. Selain itu program bubur lambuk tersebut berjaya mengeratkan lagi hubungan kepimpinan tertinggi pelajar dengan mahasiswa. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada MPPUPM yang turun kerana anda sanggup memikul amanah dan tanggungjawab yang kami berikan kepada anda. Kepada Kelab Rukun Negara jutaan terima kasih kerana sudi menjayakan program MPPUPM sempena setahun perkhidmatan mereka. Semoga usaha murni MPPUPM dan Kelab Rukun Negara UPM akan diberkati. Kepada MPPUPM yang tidak turun kami mahasiswa berasa sungguh kecewa dengan anda kerana anda hanya mahu nama dan yuran percuma sahaja. Dimanakah tanggungjawab anda sebagai pemimpin kalau program sebegini pun anda gagal untuk turun? Dibawah saya sertakan gambar program bubur lambuk semalam.



Thursday 23 February 2012

Tragedi Berdarah UPM 23/02

BLACK DAY 23/02
Sudah genap setahun tragedi berdarah ini berlaku didalam UPM. Dalam tragedi ini dua orang pengawal keselamatan telah tercedera. Daripada respon yang saya dapati daripada salah seorang pengawal keselamatan, peristiwa tersebut akan sentiasa segar didalam ingatan beliau kerana peristiwa tersebut telah mengakibatkan beliau mengalami kesakitan seumur hidup walaupun sudah pulih sepenuhnya kerana salah satu daripada urat beliau telah terputus. Kejadian tersebut telah mengakibatkan pintu kaca automatik didepan bangunan pentadbiran telah pecah akibat rempuhan daripada mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai pembela mahasiswa atau lebih dikenali sebagai Pro Mahasiswa UPM ataupun PMIUPM. Kejadian berpunca daripada rentetan peristiwa Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM yang mana berlakunya bantahan terhadap calon Pro mahasiswa yang menang pada Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM kerana melanggar peraturan Pemilihan Pewakilan Pelajar yang telah ditetapkan oleh Universiti iaitu bertanding secara berkumpulan. Kumpulan tersebut juga telah bertindak kurang ajar terhadap Datuk Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan(TNC HEPA UPM) dengan memaki dan merampas fail bukti. Kumpulan tersebut telah dibantu oleh Pro Mahasiswa Nasional, Gamis dan juga SMM. Pada hari kejadian juga segala urusan dibangunan pentadbiran telah lumpuh disebabkan pintu kaca yang memisahkan mahasiswa yang berkumpul didepan bangunan pentadbiran tersebut telah ditutup kerana mereka ingin membuat kacau didalam pejabat Dato' Naib Canselor dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Kebanyakkan mahasiswa yang berkumpul didepan bangunan pentadbiran pada hari kejadian semuanya telah ditipu oleh Pro Mahasiswa UPM dan PMIUPM kerana mereka mengatakan bahawa mahasiswa yang berkumpul telah dikasari oleh pengawal keselamatan UPM. Mereka bersurai setelah pintu kaca yang menjadi pemisah antara mereka dengan pegawai-pegawai UPM pecah dan adanya yang tercedera akibat tindakan bodoh mereka ini. Adakah mereka ini layak digelar sebagai kumpulan pembela mahasiswa yang sentiasa dilaung-laungkan oleh mereka ini? Ataupun mereka ini layak digelar sebagai Komunis UPM kerana mereka sendiri tidak suka UPM berada didalam keadaan yang aman. Apakah hala tuju kita sebagai mahasiswa? Adakah kita masuk ke Universiti ingin berdemo? ataupun merosakkan nama Universiti mata dunia? Bersama-samalah kita menjaga keamanan Universiti kita daripada perkara-perkara yang tidak baik.

MANGSA KEJADIAN


 

 DALANG 23/02
ORANG LUAR YANG TERLIBAT
 VIDEO KURANG AJAR DAN RAMPAS FAIL 

 

 VIDEO REMPUH PINTU











Wednesday 22 February 2012

PTPTN Lambat Masuk Lagi

Pn. Siti Noriza binti Samad
Pn Siti Jumaah Binti Osman
Sudah tiga hari kuliah bermula tetapi PTPTN tidak masuk lagi. Dimanakah puncanya sehingga kelewatan PTPTN ini berlaku. Adakah punca dari sikap mahasiswa ataupun daripada pentadbiran Universiti. Adakah pihak universiti memandang remeh tentang isu ini keranan ini berkaitan dengan kebajikan pelajar. Setahu saya selalunya punca kelewatan kemasukkan pinjaman PTPTN ini berpunca daripada lepas tangan pegawai yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Apa yang dimaklumkan kepada saya punca kelewatan ini adalah disebabkan  daripada pihak pentadbiran Universiti yang lewat menghantar keputusan peperiksaan kepada PTPTN. Selain itu, pihak senat juga telah meluluskan keputusan peperiksaan itu agak lewat pada 15 Februari yang lepas sedangkan pihak PTPTN memerlukan masa 14 hari bekerja untuk proses meluluskan pinjaman kepada mahasiswa. Jadi memang tidak logiklah kalau kita hendak mendapat pinjaman sebelum masuk belajar. Selain itu kami mahasiswa memohon penjelasan daripada Pn. Siti Noriza binti Samad dan  Pn Siti Jumaah Binti Osman tentang kelewatan ini kerana mereka berdua merupakan pegawai yang menjaga tentang unit penajaan pelajar dan unit kebajikan pelajar. Adakah mereka berdua ini tidak tahu yang PTPTN ini merupakan nadi kehidupan kepada semua mahasiswa. Mungkin mereka berdua ini selesa diatas sampai melupakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Selain itu, pemberitahuan daripada MPP agak lewat jugalah kerana kami mahasiswa sudah masuk dan kami tidak membawa duit belanja secukupnya. Selain itu duit PTPTN juga merupakan duit perbelanjaan kami semasa di Universiti. Kami mahasiswa bukannya terdiri daripada keluarga yang berada jadi agak susah juga kepada kami untuk meminta duit belanja daripada keluarga di kampung. Saya memohon kerjasama daripada semua pihak untuk memantau pegawai yang bertugas diatas. Selain itu kerjasa daripada MPP amat kami hargai kalau isu ini boleh dibawa kepada Dato' Naib canselor supaya kejadian ini tidak berulang lagi.

Tuesday 21 February 2012

HEP Salah Gunakan Duit Aktiviti Pelajar Lagi

TEMPAT MAKAN DI L'APPARENTI
Sekali lagi Hal Ehwal Pelajar menggunakan duit aktiviti pelajar dengan sesuka hati dengan mengadakan meting di L'apparenti. Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa  HEP mengadakan meting di L'apparenti sedangkan selama ini meting hanya diadakan di bilik bunga raya bangunan pentadbiran.

Dibawah saya sertakan pakej yang terdapat di  L' apparenti : 

Pakej Mesyuarat
Bilik Mesyuarat Kompleks Perkhidmatan ini memuatkan 10 - 15 orang peserta bagi setiap mesyuarat yang dijalankan dan bagi seminar atau bengkel, bilangan peserta antara 20 - 30 orang mengikut susunan meja yang dikehendaki pelanggan. Pakej mesyuarat yang ditawarkan adalah :

Seminar Sehari Penuh (Full day Seminar)
Pakej Seminar 1 pada harga RM70 atau RM80 seorang
Seminar Package 1 at RM70 or RM80 per person

Seminar Separuh Hari (Half day Seminar)
Pakej Seminar 2 pada harga RM55 atau RM65 seorang
Seminar Package 2 at RM55 or RM65 per person

Seminar Sehari Penuh tanpa Makan Tengahari (Full day Seminar without lunch)
Pakej Seminar 3 pada harga RM30 seorang
Seminar Package 3 at RM30 per person

Seminar Separuh Hari tanpa Makan Tengahari (Half day Seminar without lunch)
Pakej Seminar 4 pada harga RM15 seorang
Seminar Package 4 at RM15 per person

EN. PAUZI ABD KARIM
Kalau kita melihat pakej yang ditawarkan kita boleh mengandaikan duit yang digunakan untuk membayar meting tersebut dengan jumlah yang mahal.Adakah meting kali ini rahsia sehinggakan HEP sanggup menghabiskan duit yang banyak semata-mata untuk membuat meting. Hasil intipan yang dijalankan rupa-rupanya meting tersebut bertujuan untuk Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM bagi sesi 2012/2013. Adakah Pemilihan Pewakilan Pelajar semakin hampir sehinggakan pihak HEP sanggup membelanjakan duit yang banyak semata-mata untuk membincangkan berkenaan dengan Pemilihan Pewakilan Pelajar tersebut. Apa yang saya dapat lihat adalah meting tersebut di pengerusikan oleh En. Mohd Pauzi Bin Abd Karim yang merupakan pemangku ketua bahagian HEP pada kali ini. Tujuan diadakan meting pada kali ini bertujuan bagi membincangkan peraturan-peraturan dalam Pemilihan Pewakilan Pelajar. Jadi tidak mustahil bagi saya katakan yang Pemilihan Pewakilan Pelajar kali ini akan diadakan dalam masa yang terdekat ini berikutan mahasiswa yang berada di Bintulu akan bercuti pada penghujung bulan tiga ini. Apa yang saya dapat lihat adalah pegawai-pegawai yang terlibat semuanya terdiri daripada pegawai-pegawai yang pernah saya ceritakan pada artikel yang lepas. Adakah pegawai-pegawai HEP ini tidak tahu yang pada minggu pertama ini mahasiswa sibuk untuk ke HEP bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pada awal pembukaan semester. Saya yang datang ke HEP tadi bagi menyelesaikan masalah berkaitan program agak kecewa apabila pegawai yang bertugas tiada. Adakah En. Pauzi merupakan dalang yang terlibat dalam Pemilihan Pewakilan Pelajar pada sesi kali ini? atupun En. Pauzi merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mendidik pegawai-pegawai yang bertugas dibawah beliau jadi seperti apa yang diceritakan dalam artikel lepas. Minta En. Pauzi menjawab isu ini ataupun kami akan membawa perkara ini kepada pihak atasan. Mohon supaya duit aktiviti pelajar tidak dihabiskan dengan mengadakan meting untuk pegawai sedangkan duit itu boleh diberi kepada mahasiswa untuk membuat program.

Prosedur Aktiviti Pelajar Membunuh Pelajar

EN. DAHLAN ISMAIL 
CIK MASDIRA
Selamat datang ke semester kedua bagi sesi 2011/2012. Seperti yang rakan-rakan mahasiswa ketahui bermula semester lepas prosedur aktiviti pelajar telah bertukar. Apa yang saya ingin maklumkan adalah kenapa prosedur baru ini menyusahkan mahasiswa sehingga membuatkan mahasiswa tidak pergi ke kelas semata-mata ingin menghantar kertas kerja dan mendapatkan kelulusan untuk beraktiviti. Apa yang dimaklumkan oleh MTM saya, kertas kerja hanya boleh dihantar pada minggu pertama dan minggu ketiga sahaja. Selain itu untuk meluluskan kertas kerja tersebut mahasiswa perlu membentangkannya didepan panel yang terdiri daripada para pegawai Universiti. Kelulusan kerja hanya akan keluar 7 hari bekerja dan 3 hari selepas perbentangan. Persoalan yang bermain dalam pemikiran saya ialah apakah rasionalnya apabila prosedur aktiviti pelajar berubah sehingga sedemikian rupa? Memang tidak dinafikan kelulusan untuk program dalam masa 7 hari bekerja tetapi adakah kita mahasiswa ini sedar yang kita telah ditipu oleh para pegawai Universiti ini. Adakah kita mahasiswa ini dimaklumkan pada hari kejadian perbentangan kertas kerja kita mendapat  kelulusan atau pun tidak? Bagaimana kalau kertas kerja tidak lulus? Ini akan menyusahkan mahasiswa yang telah membuat pelbagai persiapan apabila kertas kerja tidak lulus. Selain itu kelulusan kertas kerja hanya dimaklumkan apabila ingin mengambil surat kelulusan itupun apabila telah seharian berada di HEP. Jadi bagaimana mahasiswa hendak mendapat Kemahiran Insaniah kalau prosedur aktiviti pelajar yang merumitkan mahasiswa untuk beraktiviti. Adakah ini salah satu tektik daripada HEP untuk membuang mahasiswa daripada kolej kediaman? Selain itu tarikh perbentangan kertas kerja juga dimaklumkan agak lambat dan ini memang menyusahkan mahasiswa untuk mengatur jadual sehingga mahasiswa sanggup untuk ponteng kelas semata-mata ingin membuat perbentangan. Selain itu, surat kelulusan juga selalunya keluar lambat tidak seperti yang dijanjikan oleh pegawai yang bertugas. Kadang-kadang mahasiswa ini diperbodohkan oleh pegawai yang terlibat apabila surat yang sepatutnya keluar pada sebelah pagi tidak juga keluar kadang-kadang terpaksa tunggu seharian semata-mata ingin mendapatkan surat kelulusan. Saya sungguh kecewa dengan sikap En. Dahlan Ismail bin Abu Bakar dan Cik Masdira binti Mat Husin apabila program yang dianjurkan oleh persatuan yang tidak menyokong kepimpinan Universiti selalunya ditentang oleh mereka berdua ini. Kemanakah hak kami sebagai mahasiswa apabila kami mahasiswa yang menentang pengurusan Universiti ini melalui prosedur yang terlalu rumit untuk mendapatkan kelulusan. Kami mohon En. Dahlan Ismail bin Abu Bakar dan Cik Masdira binti Mat Husin menjawab isu ini sebelum hal ini kami bawakan kepada Dato' Naib Canselor.

Thursday 16 February 2012

Kemana Hilangnya Duit Aktiviti Pelajar

Pn. Saliza binti Mustafa
Menjadi persoalan didalam fikiran saya ke mana hilangnya duit aktiviti pelajar sedangkan setiap kelab ada peruntukan sebanyak RM500.00. Adakah duit aktiviti pelajar telah salah digunakan oleh orang-orang tertentu demi kepentingan diri sendiri atau pun duit banyak habis dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. kadanag-kadang  kami mahasiswa sanggup mengemis berjumpa syarikat-syarikat besar untuk meminta penajaan semata-mata untuk menjayakan progaram. Pernah ke staf-staf yang menyekat peruntukan ini berfikir betapa susahnya untuk mencari penajaan kalau program yang hendak dibuat tidak sampai 3 bulan? Adakah kami masuk ke Universiti ini untuk mencari penajaan untuk membuat program atau pun untuk belajar? Sedih saya melihat junior-junior tahun satu sekarang ni nak membuat program je mesti kena sekat disebabkan bajet tidak ada.  Macam mana junior-junior nak mendapatkan merit dan kemahiran insaniah kalau duit untuk membuat program pun disekat. kalau dulu nak pinjam barang kat HEP semuanya ada, sekarang ni nak pinjam khemah pun kena sewa kat luar. Adakah HEP sudah tiada duit untuk membeli barang-barang peralatan mahasiswa ataupun duit tersebut habis untuk membuat rumah baru. Hati bertambah sedih apabila melihat padang kawat dimana adanya court dodge ball, street soccer dan wall climbing macam dibiarkan sahaja. Dulu katanya nak jadikan dogde ball dan street soccer sebagai sukan teras Universiti tapi sekarang hanya tinggal garisan sahaja. Apa yang saya dengar daripada senior-senior dulu, masa membuat court tersebut menelan belanja yang besar dan mendapat tajaan daripada TM tapi sekarang ni court-court tersebut dibiarkan begitu sahaja bermandikan hujan. Adakah kita sebagai mahasiswa hendak membiarkan sahaja perkara-perkara yang berkaitan dengan mahasiswa ini disekat oleh Seksyen Tabir Urus yang diketuai oleh Pn. Saliza binti Mustafa. Apa yang saya tahu Pn. Saliza Mustafa inilah yang meluluskan kewangan berkaitan dengan program pelajar. Yang menjadi persoalannya adalah kenapa kolej KTDI selalu mendapat penajaan adakah disebabkan beliau merupakan bekas felo kolej KTDI? 

Wednesday 15 February 2012

Felo UPM Tidak Ada Fungsi

En. Sharudin Sharani,
Presiden Kelab Felo UPM 
Setiap kolej dalam UPM mempunyai felo sekurang-sekurangnya 10 orang. Tapi sejauh mana felo ini melakukan tugas-tugasnya. Adakah felo-felo ini duduk didalam UPM sekadar ingin mendapatkan penginapan yang percuma sehinggakan tugas sebagai felo diabaikan. Majoriti felo-felo dalam UPM ini terdiri daripada pelaja-pelajar master yang kebanyakkan mereka inginkan penginapan secara percuma. Kadang-kadang sikap felo-felo yang bujang ini juga sangat melampau sehinggakan mengajar mahasiswa-mahasiswa yang tidak menginap didalam kolej untuk menginap secara haram di rumah mereka. Kebanyakkan daripada felo UPM ini sendiri tidak menyokong pengurusan Universiti. Mereka inilah layak digelar "musuh dalam selimut" yang selalu mengajar mahasiswa/i untuk menentang pengurusan Universiti. Kalau kita tengok sekarang ini pun berapa banyak kolej yang ada aktiviti yang boleh memberi impak kepada Universiti dan mahasiswa/i sekarang? sudah semestinya tidak pernah ada. Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej kediaman pun ramai yang terabai dengan sikap segelintir felo yang tidak tahu tentang tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Apa yang felo tahu adalah meting dengan pengetua kolej sambil makan-makan dan juga memberitahu pengurusan kolej tentang masalah rumah mereka. Saya sebagai mahasiswa juga meluat dengan sikap felo-felo UPM ini kerana mereka tidak pernah ambil tahu hal mahasiswa/i. Apa yang felo-felo ni tahu adalah setiap program-program kolej wajib menjemput mereka satu keluarga dan mendapat layanan bertaraf VIP. Adakah felo-felo UPM ni sedar yang mereka sebenarnya tidak diperlukan pun oleh kami mahasiswa kerana mereka ada pun tidak menyenangkan malah lebih menyusahkan kami sebagai mahasiswa. Pada akhir semester kedua, felo-felo ini sibuk untuk membuang mahsiswa yang tidak aktif didalam kolej sedangkan mereka pun tidak aktif tidak pun dibuang. Kami sebagai mahasiswa ingin En. Sharudin Sharani, Presiden Kelab Felo  atau pun pengurusan kolej dan Universiti untuk memantau felo-felo UPM ini. Kalau tiada jawapan bagi entry ini, akan ada lagi pendedahan-pendedahan yang panas-panas tentang felo-felo UPM ini.

Tuesday 14 February 2012

KMR Jadi Bangunan Tinggal

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Kolej Mohamad Rashid (KMR) merupakan kolej pertama yang dibina di tapak estet Serdang oleh Macmillan and Company. KMR merupakan warisan UPM kurun berkurun. KMR juga merupakan teratak lahirnya sebahagian besar profesor dan doktor-doktor di UPM yang pada masa itu dikenali sebagaai sekolah pertanian. Tapi persoalan yang saya ingin bangitkan adalah kenapa KMR hendak dirobohkan sedangkan masalah yang dihadapi oleh KMR adalah pendawaian (wiring). Sungguh pelik bin ajaib apabila Pembangunan UPM mengatakan yang kos untuk mebaik pulih pendawaian bangunan KMR menelan belanja yang besar benbanding daripada merobohkan dan membinanya semula. Apa yang saya ingin tegaskan disini adalah kenapa bangunan KMR itu tidak dijadikan MUZIUM sahaja? Kenapa perlu dirobohkan bangunan asal dan diganti dengan bangunan baru? Adakah UPM ini tidak sayangkan bangunan yang telah melahirkan cendiakawan yang cerdik pandai ataupun ada orang yang ingin mengaut keuntungan dengan membina bangunan yang baru ini. Apa yang saya dapat lihat sejak bangunan KMR itu dikosongkan tiada lagi projek pembangunan mula dijalankan. Ada juga sumber maklumat mengatakan yang bangunan KMR itu tidak jadi dirobohkan malah akan dibaiki semula pendawaian. Tahukan pihak UPM yang barang-barang seperti almari, kerusi, meja dan sebagainya telah hilang sejak KMR itu dikosongkan. Jadi kalau mengikut perkiraan sayalah pihak UPM hanya sekadar ingin menduga tahap kesabaran pelajar KMR kerana apabila mereka menghalang daripada dirobohkan pihak UPM marah sekarang ini mereka hanya hendak membaiki sahaja. Mahasiswa KMR sekarang ini merempat di kolej serumpun. Mereka ini nak mengaku kolej apa pun tidak tahu disebabkan tiada identiti. Patutlah sukan kolej KMR merosok sebab Mahasiswa KMR ini banyak protes terhadap UPM. Tidak mustahil jugalah kalau saya katakan yang pengurusan KMR pun tidak ada fungsinya disebabkan bangunan pentadbiran dan asrama pelajar terlalu jauh. Minta MPP UPM bagikan penjelasan terhadap isu ini kalau anda semua mengagap itu adalah tanggung jawab anda sebagai pemimpin pelajar.






Zakat UPM Selewengkan Wang Zakat

Kenapa begitu ketat sekali prosedur untuk mendapatkan zakat di UPM sedangkan dalam 8 golongan yang layak menerima zakat adalah mahasiswa. 8 golongan tersebut adalah:
1.  Fakir – Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
2.  Miskin – Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
3.  Amil – Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
4.  Muallaf – Saudara baru memeluk Islam
5.  Riqab – Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
6.  Al-Gharimin – Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
7.  Fisabilillah – Orang yang berjuang di jalan Allah.
8.  Ibnus sabil – Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
kalau kita melihat daripada 8 golongan tersebut mahasiswa terdiri daripada golongan Fisabilillah kerana orang yang menuntut ilmu adalah orang yang berjuang dijalan ALLAH. Apa yang saya boleh katakan disini adalah pusat zakat lain tidak pernah meminta membuat karangan tunjuk sebab untuk mendapatkan duit zakat apa yang mereka minta adalah slip gaji ibu bapa sahaja. Kenapa zakat UPM begitu ketat sekali? adakah duit zakat UPM untuk keperluan orang tertentu sahaja. Adakah duit peruntukan zakat UPM boleh digunakan untuk membuat stor sesuka hati sahaja di kompleks mahasiswa. Bukankah duit zakat UPM yang paling banyak sekali di selangor ini tetapi kemana hilangnya duit zakat tersebut kerana kebanyakkan mahasiswa yang mendapat duit zakat hanya 100 orang sahaja setiap tahun sedangkan UPM mempunyai pelajar seramai 15000 orang mahasiswa. Apa yang boleh saya katakan adalah ramai lagi mahasiswa yang susah dan layak mendapat zakat tetapi pusat zakat UPM hanya buat tidak tahu sahaja. Apakah layaknya pusat zakat UPM mengajikan pekerja seramai 4 orang yang diketuai oleh Ust. Nuruliman bin Ibrahim tetapi masih gagal untuk mengesan mahasiswa yang susah. Kalau hendak dikatakan duit zakat UPM habis untuk membuat program saya tidak pernah nampak pun kerana selalunya bajet yang dapat daripada pusat zakat UPM pun tidak sampai RM1000.00. Jadi minta pihak pentadbiran Universiti dan pusat zakat selangor memantau duit zakat UPM kerana kami mahasiswa tidak mahu duit zakat UPM untuk membantu mahasiswa yang susah habis begitu sahaja. Mohon diberikan penjelasan sebelum saya bongkarkan penyelewengan yang lain.

Monday 13 February 2012

MPPUPM Sesi 2011/2012 Atas Nama

MPPUPM sesi 2011/2012
Pada sesi 2011/2012 MPPUPM mempunyai seramai 43 orang. Apa yang menjadi persoalan adalah di mana MPPUPM yang lain sedangkan apa yang kami mahasiswa dapat lihat yang sibuk memperjuangkan hak mahasiswa adalah seramai 10 orang sahaja. Adakah MPPUPM ini sekadar mahu yuran percuma ataupun bertanding sekadar ingin  menggunakan kemudahan Universiti dan menginap di kolej-kolej kediaman UPM. Selain itu MPPUPM ini tidak mesra alam dengan kami mahasiswa yang tidak mempunyai apa-apa jawatan didalam Universiti. Kami berasa sungguh kecewa dengan sikap-sikap pemimpin mahasiswa UPM (MPPUPM). Ada juga dikalangan MPPUPM ini yang turun ke padang tapi masih sombong dan bongkak hanya melayan kawan-kawan mereka sahaja sebagai contoh Saudara Adib Khalid. Adakah MPPUPM ini bersikap pilih bulu sedangkan mereka tahu tanpa kami mahasiswa yang lain ini mungkin beliau tidak akan menang. Mungkin Saudara Adib Khalid ini jadi begini disebabkan beliau menang tanpa bertanding di fakulti Sains Komputer. Apa-apa pun anda adalah MPPUPM kami, sepatutnya anda tidak boleh berkelakuan sedemikian rupa. Apa yang menjadi persoalan dikalangan kami mahasiswa adalah kenapa kami perlu berjumpa mereka untuk membincangkan isu sedangkan mereka sendiri jarang untuk turun padang. Adakah mereka telah berasa besar sebab apa sahaja percakapan mereka ini akan didengari oleh pengurusan Universiti. Kami pun ada hak sebagai mahasiswa kami tidak mahu alam maya menjadi medan perhubungan antara MPP dan mahasiswa. Kami hanya mahu MPP bertegur sapa je dengan kami bukannya sibuk duduk di dalam bilik MPP di Kompleks Mahasiswa itu. MPP kali ini juga tidak mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa bawahan seperti kami mereka hanya lebih suka berhubung dengan Presiden Kolej sahaja. Adakah kami mahasiswa bawahan ini tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dengan MPP kami sedangkan kami juga membayar yuran yang sama dengan Presiden kolej. Kami memohon MPP untuk pergi ke kolej-kolej untuk berjumpa dengan kami sebelum mereka melepaskan jawatan sebagai MPP kali ini ataupun kami mahasiswa akan memboikot Pemilihan Pewakilan Pelajar akan datang. Apa-apa pun kami mahasiswa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Iqbal Ismat, Arif Baba, Roslina Jaafar, Rahmawati Nurdin, Bukhari Rahim, Muhamad Rasali, Mohd Pojan, Adib Khalid, Asmaa Sujak dan Nursila. Semoga Allah memberkati perjuangan anda semua.

Suksis dan Palapes bukan entiti UPM

En. Nor Azlan bin Mohammed
Lt Kol Othman Bin Jalani
Baru2 ini kecoh mengatakan yang suksis dan palapes bukan entiti UPM kerana mereka tidak boleh mengundi dan bertanding. Adakah ini semua betul atau propaganda yang dimainkan oleh sesetengah pihak untuk memalukan UPM. Hasil daripada kajian kawan2 UPM rupa2nya benda ini bukannya propaganda tapi memang kenyataan kerana mereka dilarang bertanding dalam pemilihan pewakilan pelajar dan terlibat dengan mana2 aktiviti UPM tidak kira sama ada daripada peringkat Universiti ataupun KPT. Mereka dihalang terlibat oleh pegawai2 Universiti yang menjaga dua entiti ini. Pegawai yang menjaga Suksis adalah En. Nor Azlan bin Mohammed Pegawai khas TNC(HEPA) dan juga merangkap DSP/KS NCR bagi suksis UPM dan Lt Kol Othman Bin Jalani pengetua kossas dan juga merangkap Timbalan Komandan Palapes UPM. Mereka berdualah entiti yang menghalang mahasiswa UPM yang menyertai suksis dan palapes daripada bergiat dengan aktiviti Universiti dan KPT. Adakah mereka berdua ini tidak mengetahui yang mahasiswa yang terlibat dengan suksis dan palepas juga mempunyai hak untuk bertanding dalam pemilihan pewakilan pelajar UPM. Nampaknya Mahasiswa yang terlibat dengan suksis dan palapes ini telah ditanam supaya tidak menyokong UPM dan hanya terlibat dengan dunia mereka sendiri. Kalau macam tu suksis dan palapes bolehlah membuat kolej mereka sendiri dan keluarkan susksis dan palapes daripada UPM. Mohon TNC HEPA kita menyiasat dakwaan ini kerana mereka berdua ini akan menjejaskan imej baik UPM di mata KPT nanti.

Sunday 12 February 2012

Permangku ketua Bahagian Kambing Hitam

ENCIK PAUZI KARIM
HEP UPM tidak mempunyai ketua bahagian lebih kurang 6 bulan lamanya. Sekarang ni dipangku oleh En Mohd Pauzi Bin haji Abdul Karim yang merupakan Ketua Seksyen Pembinaan Sahsiah. kalau diikutkan logik kenapa HEP masih tidak mempunyai ketua bahagian sedangkan pemilihan pewakilan pelajar akan dijalankan sem depan. Apa yang saya dengar telah 3 orang penolong pendaftar menolak jawatan sebagai ketua bahagian HEP kerana disebabkan takut dengan pemilihan pewakilan pelajar dan gerakan mahasiswa yang menetang campur tangan daripada HEP. Mahu tidak mahu pendaftar kena membiarkan jawatan ketua bahagian tersebut kosong sehingga selesai pemilihan pewakilan pelajar UPM. Sekarang ni apa yang saya lihat adalah En. Pau akan dijadikan kambing hitam oleh TNC HEPA kita kalau puak2 aspirasi kalah dalam pemilihan pewakilan pelajar kali ini. Memang cukup bagus TNC HEPA kita ini kerana sanggup menjadikan orang lain sebagai kambing hitam dia untuk kepentingan diri sendiri. Adakah En. Pau tidak layak menjawat jawatan sebagai ketua bahagian sedangkan beliau telah berkhidmat dengan HEP UPM selama 20 tahun dan beliau juga merupakan seorang kaunselor berdaftar. Dari segi lain apa yang saya boleh katakan adalah En. Pau juga turut disengangi oleh mahasiswa UPM kerana beliau merupakan seseeorang yang senang untuk didekati berbanding dengan TNC HEPA kita. Kesimpulan yang saya boleh katakan kenapa EN PAUZI KARIM tidak layak menjadi KETUA BAHGIAN HEP adalah disebabkan beliau akan dijadikan KAMBING HITAM dalam PEMILIHAN PEWAKILAN PELAJAR UPM pada kali imi oleh TNC HEPA UPM

Konspirasi Kompleks Mahasiswa

TNC HEPA UPM
Siapakah yang menjadi dalang konspirasi kompleks mahasiswa ini.? Menjadi pertanyaan kepada saya apabila stor peralatan mahasiswa untuk persatuan dan kelab yang diberikan kepada UPMI adalah arahan daripada TNC HEPA. Adakah TNC HEPA kita ini tidak mengetahui yang kompleks mahasiswa ini adalah kepunyaan mahasiswa. Bagaimanakah beliau boleh dilantik menjadi TNC HEPA sedangkan beliau sendiri tidak mengetahui tugas sebagai TNC HEPA ataupun beliau lupa tugas dan tanggungjawab sebagai TNC HEPA kerana sanggup memberikan hak mahasiswa kepada UPMI disebabkan ingin mencari untung. TNC HEPA juga tidak memainkan peranan sebagai penasihat kepada MPPUPM dan menjaga kebajikan mahasiswa.. TNC HEPA UPM ini juga sering dilihat seperti tiada masa bersama mahasiswa kerana sibuk bermain golf bersama kenalannya. Adakah TNC HEPA sebegini layak duduk di UPM SERDANG ini sedangkan ramai orang tahu yang UPM ini adalah anak emas kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) . Nampaknya kecermelangan UPM di mata KPT semakin menurun disebabkan kepentingan peribadi TNC HEPA mengatasi tanggungjawab dan tugasnya.

NYDP UPM Terlampau

NYDPUPM
Pada hari pendaftaran pelajar International berlaku sadikit salah faham kerana bilik yang diberikan kepada UPMI di kompleks mahasiswa telah dikunci oleh NYDP UPM. Siapakah NYDP UPM ni sehingga sanggup mengunci bilik UPMI yang menjadi bilik kebal UPMI yang menempatkan pasport pelajar-pelajar international tersebut. Setelah dikaji dan diselidik rupa-rupanya bilik yang dijadikan sebagai bilik kebal oleh UPMI adalah bilik yang digunakan oleh mahasiswa UPM untuk menyimpan peralatan persatuan dan kelab. Ini berlaku disebabkan rundingan yang dijalan telah mengesahkan yang kompleks mahasiswa tersebut adalah kepunyaan mahasiswa dan UPMI telah menceroboh kompleks tersebut dan menjadikan stor peralatan mahasiswa sebagai bilik kebal mereka dan bercanggah dengan hasil rundingan bersama Dato' Naib Canselor. Setinggi tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada NYDP UPM yang sentiasa peka dengan masalah mahasiswa. Semoga diatas penguncian bilik tersebut menjadi teladan kepada staf-staf UPM supaya tidak membuat sesuka hati terhadap mahasiswa. HIDUP MPPUPM!!!!!!!!!!

BILIK KEBAL UPMI


Kompleks Mahasiswa

KOMPLEKS MAHASIWA
Baru-baru ini kompleks mahasiswa telah diberikan semula kepada mahasiswa setelah beberapa kali perbincangan telah dijalankan antara  Y.Bhg.Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Puan Chek Zan Kesah, Prof Datuk Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan dan beberapa wakil pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UPM. Dalam perjumpaan tersebut Dato' Naib Canselor mengakui yang Kompleks Mahasiswa ini memang kepunyaan mahasiswa. Isu yang wakil pelajar ini bangkitkan adalah kerana salah satu bilik di komplek mahasiswa tersebut telah diberikan kepada UPM International (UPMI) atas alasan yang bilik tersebut dijadikan stor peralatan persatuan dan kelab dan penggunaan keatas bilik tersebut tidak efisyen. Apa yang saya dengar lagi adalah kompleks mahasiswa tersebut seperti "mati segan hidup xmahu" kerana mahasiswa pun tidak ramai yang berkunjung ke kompleks tersebut. Kompleks mahasiswa itu dipanggil sedemikian kerana tidak terdapat kemudahan yang membolehkan kompleks tersebut menjadi tumpuan mahasiswa. Selain itu kompleks mahasiswa itu juga berada bersebelahan dengan kompleks akademi. Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa kompleks mahasiswa itu dibina bersebelahan dengan kompleks akademi? Adakah kompleks akademi tidak mencukupi didalam kawasan UPM? Selain itu pengangkuta untuk memudahkan mahasiswa ke kompleks tersebut juga berkurangan pada waktu malam kerana bas hanya beroperasi 2 jam sekali kerana pada sebelah  malam mahasiswa kurang mempunyai kelas. Di kafe kompleks mahasiswa tersebut juga hanya menyediakan makanan segera sahaja kerana TNC HEPA tidak membenarkan masak-memasak di kawasan kompleks tersebut.Persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah kenapa kompleks mahasiswa tersebut disekat penggunaannya? adakah kerana ada pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan daripada kompleks tersebut? Sama-samalah kita pikirkan.