Monday, 16 April 2012

Aksi Terlampau Mahasiswa UPM

Larangan Menyertai Perhimpunan
Sedih dan pilu apabila mahasiswa sekali lagi hilang pertimbangan dengan mengadakan demostrasi jalanan bagi memansuhkan PTPTN di dataran merdeka pada Sabtu lepas. Bagi saya tidak salah untuk memansuhkan PTPTN tetapi bukan begini caranya kerana kita mahasiswa diberikan akal untuk berfikir bukannya untuk menyusahkan masyarakat di sekeliling kita. Lebih mengecewakan apabila mahasiswa UPM yang terlibat didalam demostrasi jalanan merupakan tonggak utama kepada demostrasi jalanan tersebut. Adakah pensyarah-pensyarah didalam UPM mengajar mahasiswa untuk berdemo? Adakah mahasiswa  UPM yang terlibat dengan demostrasi jalanan tersebut tidak tahu yang larangan untuk mengikuti demostrasi tersebut telah dikeluarkan oleh pihak HEP? ataupun mereka segaja ingin mencabar pihak pentadbiran UPM untuk mengambil tindakan terhadap mereka? Dimanakah silapnya adakah ia berpunca daripada pentadbiran UPM yang mengeluarkan larangan tersebut sehari sebelum demostrasi ataupun berpunca daripada mahasiswa itu sendiri? Paling sedih apabila mahasiswa UPM yang  memegang gambar Khalid Nordin yang dikalungkan dengan bunga dan ada juga yang memegang pembesar suara ketika speaking corner di dihadapan sogo. Adakah kita sebagai mahasiswa UPM bangga dengan perbuatan  mahasiswa tersebut? ataupun pentadbiran UPM bangga kerana berjaya melahirkan mahasiswa yang menyukai demostrasi jalanan. Sedarkah mahasiswa UPM tanggungjawab kita datang ke Universiti adalah untuk menuntut ilmu bukannya terlibat dengan demostrasi jalanan yang akhirnya akan merugikan masa depan kita juga. Saya mohon Dato' VC dan Datuk TNC HEPA untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang terlibat dengan demostrasi jalanan ini supaya ia boleh menjadi pengajaran kepada mahasiswa yang lain pada masa akan datang. Saya juga tidak mahu lagi dengar universiti lain  mengatakan Pentadbiran UPM penakut terhadap mahasiswa. Jadilah macam Pentadbiran UPSI yang sanggup mengambil tindakan terhadap mahasiswa yang melanggar peraturan universiti.



4 comments:

  1. dah taw dah sapa yg wat artikel ni..ha3...nmpk kot org kuat aspirasi pon join demo...ha3..

    ReplyDelete
  2. persoalannya? Adakah demonstrasi salah? Macam mana nak mengajar kerajaan kalau bukan dengan demo? Bukankah secara lembut telah dilakukan untuk menghapuskan PTPTN? Namun adakah membuahkan hasil? Kesian...sempitnya pemikiran orang yang mengarangf artikel busuk ni..

    ReplyDelete
  3. Persoalan yg sebenar:

    1) Kenapa nak hapuskan PTPTN? Ia medium bantuan utk org yg tak mampu. PTPTN TIDAK memaksa mahasiswa/siwi sign agreement bersetuju meminjam. Salah siapa kat sini? Pasal charge interest etc... cuba kau pergi pinjam bank bole dapat 1% interest?? (if bank = kira personal loan). PTPTipu.... sapo tipu sapo ni jang?? Sapo yang bongap tak baco & faham sebonar-bonar ehh agreement PTPTN tu?? Adat meminjam, memang la kono bayar!!

    2) Soal pendidikan percuma. IPTA (90% subsidized by gomen), IPTS (atas tanggungjawab sendiri). PTPTN pun dah gariskan, kalau dapat 1st class, dia wave as biasiswa. Bangsa lain (Selain MELAYU) berlumba-lumba nak dapat 1st class, ekau ado jang?? Pemikiran siapa yang sempit kat sini? Salah siapa ekau tak mampu dapek kan 1st class? Salah lecturer? Universiti? Ibubapa yg mengandungkan ko? Or memang ko sobonar ehh tak layak masuk universiti?

    3)Kalau nak gomen wave juga yuran IPTA, yuran 1sem IPTA baru dlm 1200++. Abis duit makan, berak, tempat tido, handphone, duit joli katak, beli baju, tiket bas etc yg PTPTN bagi tu pun ko nak gomen cover juga??? Kemon laa... nampak sgt tak matangnya ehh ekau ni ha...

    4) IPTS, gomen tak bole arahkan bagi free pendidikan. Dorang businness. Abis ko nak gomen bayarkan juga utk IPTS?? Guna duit PETRONAS?? Memang Petronas tu bapak ekau yg punyo... Bapak ekau bayar duit tax pado nogaro 10 juta setahun kan... sbb tu ado HAK nak dapek kan sumonyo FREE!! Abis apo cerito RAKYAT MALAYSIA yang lain, yang memerlukan pembangunan & frasarana utk Malaysia terus maju.... Sumo nak support puak2 ekau yoo!!

    5)APo??? Support kroni juta-juta?? FAkta mano ekau pakai ni?? Fakta Pak berahim kaa? Kalau ado pun bantuan kepada company2 yg memerlukan, company2 gajikan rakyat malaysia utk kerja ngan dia.. Ko nak company e.g. DRB-HICOM terlungkup sbb gomen x bantu? pastu beribu2 rakyat malaysia ilang kojo?? PK la jang...

    6)Makan Rasuah? X bersih? Korupsi? Hamboi-hamboii.... Memang ada ado kerajaan yg bersih 100%, waktu zaman rasulullah yo jang... Lopeh tu... tak dapek dohh nak 100% bersih. Bukan la nak SOKONG mondo salah, tp bak kato bijak pandai... Jika pilihan yg ada semuanya buruk, pilihlah yang paling kurang buruk dan paling kurang mudaratnya (Den ni ha... tak kato pun den sokong BN, den cakapkan kebenaran jooo)..

    7)Akhir kato, ekau ada hak utk berkato-kato. Tapi Hak utk berfikir lebih UTAMA, sebelum berkato-kato dan bertindak! Berfikir sedetik lebih baik dari solat sunat 2 rakaat (den ponah dongar... tp x sure sahih ke tak... ekau bole check! Puak2 ekau kan sumonya alim-alim dan suci-suci belako!)


    -Trust in GOD, but Believe in proven data! Not mere words..-

    ReplyDelete
  4. tepat sgt la fakta ko dpt ni jang.. tak heran la cara ko cakap ni mcm org yg diturap dgn ideologi BTN hihi.. duit UPM mmg utk besarkan perut ko kat BTN tu..

    ReplyDelete