Friday 24 February 2012

MPPUPM Buat Hal Lagi

MPPUPM SESI 2011/2012
Sekali lagi kita dikejutkan dengan perangai MPPUPM sesi 2011/2012 yang perihatin terhadap mahasiswa akibat kelewatan kemasukkan duit pinjaman PTPTN sehingga sanggup mengadakan program sempena setahun memegang tampuk kepimpinan MPP dengan mengedarkan bubuk lambuk. MPPUPM sesi 2011/2012 dengan kerjasama Kelab Rukun Negara UPM  telah mengedarkan bubur lambuk di kafe kolej serumpun bermula pada jam 5 petang sehingga jam 6 petang. Sebanyak 1000 bubuk lambuk telah diperuntukkan untuk diberikan kepada warga kampus UPM tidak kira sama ada mahasiswa atau pun pekerja-pekerja Universiti. Seramai 15 orang daripada MPPUPM dan Kelab Rukun Negara telah terlibat dengan program tersebut. Selain itu program bubur lambuk tersebut berjaya mengeratkan lagi hubungan kepimpinan tertinggi pelajar dengan mahasiswa. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada MPPUPM yang turun kerana anda sanggup memikul amanah dan tanggungjawab yang kami berikan kepada anda. Kepada Kelab Rukun Negara jutaan terima kasih kerana sudi menjayakan program MPPUPM sempena setahun perkhidmatan mereka. Semoga usaha murni MPPUPM dan Kelab Rukun Negara UPM akan diberkati. Kepada MPPUPM yang tidak turun kami mahasiswa berasa sungguh kecewa dengan anda kerana anda hanya mahu nama dan yuran percuma sahaja. Dimanakah tanggungjawab anda sebagai pemimpin kalau program sebegini pun anda gagal untuk turun? Dibawah saya sertakan gambar program bubur lambuk semalam.



Thursday 23 February 2012

Tragedi Berdarah UPM 23/02

BLACK DAY 23/02
Sudah genap setahun tragedi berdarah ini berlaku didalam UPM. Dalam tragedi ini dua orang pengawal keselamatan telah tercedera. Daripada respon yang saya dapati daripada salah seorang pengawal keselamatan, peristiwa tersebut akan sentiasa segar didalam ingatan beliau kerana peristiwa tersebut telah mengakibatkan beliau mengalami kesakitan seumur hidup walaupun sudah pulih sepenuhnya kerana salah satu daripada urat beliau telah terputus. Kejadian tersebut telah mengakibatkan pintu kaca automatik didepan bangunan pentadbiran telah pecah akibat rempuhan daripada mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai pembela mahasiswa atau lebih dikenali sebagai Pro Mahasiswa UPM ataupun PMIUPM. Kejadian berpunca daripada rentetan peristiwa Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM yang mana berlakunya bantahan terhadap calon Pro mahasiswa yang menang pada Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM kerana melanggar peraturan Pemilihan Pewakilan Pelajar yang telah ditetapkan oleh Universiti iaitu bertanding secara berkumpulan. Kumpulan tersebut juga telah bertindak kurang ajar terhadap Datuk Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan(TNC HEPA UPM) dengan memaki dan merampas fail bukti. Kumpulan tersebut telah dibantu oleh Pro Mahasiswa Nasional, Gamis dan juga SMM. Pada hari kejadian juga segala urusan dibangunan pentadbiran telah lumpuh disebabkan pintu kaca yang memisahkan mahasiswa yang berkumpul didepan bangunan pentadbiran tersebut telah ditutup kerana mereka ingin membuat kacau didalam pejabat Dato' Naib Canselor dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Kebanyakkan mahasiswa yang berkumpul didepan bangunan pentadbiran pada hari kejadian semuanya telah ditipu oleh Pro Mahasiswa UPM dan PMIUPM kerana mereka mengatakan bahawa mahasiswa yang berkumpul telah dikasari oleh pengawal keselamatan UPM. Mereka bersurai setelah pintu kaca yang menjadi pemisah antara mereka dengan pegawai-pegawai UPM pecah dan adanya yang tercedera akibat tindakan bodoh mereka ini. Adakah mereka ini layak digelar sebagai kumpulan pembela mahasiswa yang sentiasa dilaung-laungkan oleh mereka ini? Ataupun mereka ini layak digelar sebagai Komunis UPM kerana mereka sendiri tidak suka UPM berada didalam keadaan yang aman. Apakah hala tuju kita sebagai mahasiswa? Adakah kita masuk ke Universiti ingin berdemo? ataupun merosakkan nama Universiti mata dunia? Bersama-samalah kita menjaga keamanan Universiti kita daripada perkara-perkara yang tidak baik.

MANGSA KEJADIAN


 

 DALANG 23/02
ORANG LUAR YANG TERLIBAT
 VIDEO KURANG AJAR DAN RAMPAS FAIL 

 

 VIDEO REMPUH PINTU











Wednesday 22 February 2012

PTPTN Lambat Masuk Lagi

Pn. Siti Noriza binti Samad
Pn Siti Jumaah Binti Osman
Sudah tiga hari kuliah bermula tetapi PTPTN tidak masuk lagi. Dimanakah puncanya sehingga kelewatan PTPTN ini berlaku. Adakah punca dari sikap mahasiswa ataupun daripada pentadbiran Universiti. Adakah pihak universiti memandang remeh tentang isu ini keranan ini berkaitan dengan kebajikan pelajar. Setahu saya selalunya punca kelewatan kemasukkan pinjaman PTPTN ini berpunca daripada lepas tangan pegawai yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Apa yang dimaklumkan kepada saya punca kelewatan ini adalah disebabkan  daripada pihak pentadbiran Universiti yang lewat menghantar keputusan peperiksaan kepada PTPTN. Selain itu, pihak senat juga telah meluluskan keputusan peperiksaan itu agak lewat pada 15 Februari yang lepas sedangkan pihak PTPTN memerlukan masa 14 hari bekerja untuk proses meluluskan pinjaman kepada mahasiswa. Jadi memang tidak logiklah kalau kita hendak mendapat pinjaman sebelum masuk belajar. Selain itu kami mahasiswa memohon penjelasan daripada Pn. Siti Noriza binti Samad dan  Pn Siti Jumaah Binti Osman tentang kelewatan ini kerana mereka berdua merupakan pegawai yang menjaga tentang unit penajaan pelajar dan unit kebajikan pelajar. Adakah mereka berdua ini tidak tahu yang PTPTN ini merupakan nadi kehidupan kepada semua mahasiswa. Mungkin mereka berdua ini selesa diatas sampai melupakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Selain itu, pemberitahuan daripada MPP agak lewat jugalah kerana kami mahasiswa sudah masuk dan kami tidak membawa duit belanja secukupnya. Selain itu duit PTPTN juga merupakan duit perbelanjaan kami semasa di Universiti. Kami mahasiswa bukannya terdiri daripada keluarga yang berada jadi agak susah juga kepada kami untuk meminta duit belanja daripada keluarga di kampung. Saya memohon kerjasama daripada semua pihak untuk memantau pegawai yang bertugas diatas. Selain itu kerjasa daripada MPP amat kami hargai kalau isu ini boleh dibawa kepada Dato' Naib canselor supaya kejadian ini tidak berulang lagi.

Tuesday 21 February 2012

HEP Salah Gunakan Duit Aktiviti Pelajar Lagi

TEMPAT MAKAN DI L'APPARENTI
Sekali lagi Hal Ehwal Pelajar menggunakan duit aktiviti pelajar dengan sesuka hati dengan mengadakan meting di L'apparenti. Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa  HEP mengadakan meting di L'apparenti sedangkan selama ini meting hanya diadakan di bilik bunga raya bangunan pentadbiran.

Dibawah saya sertakan pakej yang terdapat di  L' apparenti : 

Pakej Mesyuarat
Bilik Mesyuarat Kompleks Perkhidmatan ini memuatkan 10 - 15 orang peserta bagi setiap mesyuarat yang dijalankan dan bagi seminar atau bengkel, bilangan peserta antara 20 - 30 orang mengikut susunan meja yang dikehendaki pelanggan. Pakej mesyuarat yang ditawarkan adalah :

Seminar Sehari Penuh (Full day Seminar)
Pakej Seminar 1 pada harga RM70 atau RM80 seorang
Seminar Package 1 at RM70 or RM80 per person

Seminar Separuh Hari (Half day Seminar)
Pakej Seminar 2 pada harga RM55 atau RM65 seorang
Seminar Package 2 at RM55 or RM65 per person

Seminar Sehari Penuh tanpa Makan Tengahari (Full day Seminar without lunch)
Pakej Seminar 3 pada harga RM30 seorang
Seminar Package 3 at RM30 per person

Seminar Separuh Hari tanpa Makan Tengahari (Half day Seminar without lunch)
Pakej Seminar 4 pada harga RM15 seorang
Seminar Package 4 at RM15 per person

EN. PAUZI ABD KARIM
Kalau kita melihat pakej yang ditawarkan kita boleh mengandaikan duit yang digunakan untuk membayar meting tersebut dengan jumlah yang mahal.Adakah meting kali ini rahsia sehinggakan HEP sanggup menghabiskan duit yang banyak semata-mata untuk membuat meting. Hasil intipan yang dijalankan rupa-rupanya meting tersebut bertujuan untuk Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM bagi sesi 2012/2013. Adakah Pemilihan Pewakilan Pelajar semakin hampir sehinggakan pihak HEP sanggup membelanjakan duit yang banyak semata-mata untuk membincangkan berkenaan dengan Pemilihan Pewakilan Pelajar tersebut. Apa yang saya dapat lihat adalah meting tersebut di pengerusikan oleh En. Mohd Pauzi Bin Abd Karim yang merupakan pemangku ketua bahagian HEP pada kali ini. Tujuan diadakan meting pada kali ini bertujuan bagi membincangkan peraturan-peraturan dalam Pemilihan Pewakilan Pelajar. Jadi tidak mustahil bagi saya katakan yang Pemilihan Pewakilan Pelajar kali ini akan diadakan dalam masa yang terdekat ini berikutan mahasiswa yang berada di Bintulu akan bercuti pada penghujung bulan tiga ini. Apa yang saya dapat lihat adalah pegawai-pegawai yang terlibat semuanya terdiri daripada pegawai-pegawai yang pernah saya ceritakan pada artikel yang lepas. Adakah pegawai-pegawai HEP ini tidak tahu yang pada minggu pertama ini mahasiswa sibuk untuk ke HEP bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pada awal pembukaan semester. Saya yang datang ke HEP tadi bagi menyelesaikan masalah berkaitan program agak kecewa apabila pegawai yang bertugas tiada. Adakah En. Pauzi merupakan dalang yang terlibat dalam Pemilihan Pewakilan Pelajar pada sesi kali ini? atupun En. Pauzi merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mendidik pegawai-pegawai yang bertugas dibawah beliau jadi seperti apa yang diceritakan dalam artikel lepas. Minta En. Pauzi menjawab isu ini ataupun kami akan membawa perkara ini kepada pihak atasan. Mohon supaya duit aktiviti pelajar tidak dihabiskan dengan mengadakan meting untuk pegawai sedangkan duit itu boleh diberi kepada mahasiswa untuk membuat program.

Prosedur Aktiviti Pelajar Membunuh Pelajar

EN. DAHLAN ISMAIL 
CIK MASDIRA
Selamat datang ke semester kedua bagi sesi 2011/2012. Seperti yang rakan-rakan mahasiswa ketahui bermula semester lepas prosedur aktiviti pelajar telah bertukar. Apa yang saya ingin maklumkan adalah kenapa prosedur baru ini menyusahkan mahasiswa sehingga membuatkan mahasiswa tidak pergi ke kelas semata-mata ingin menghantar kertas kerja dan mendapatkan kelulusan untuk beraktiviti. Apa yang dimaklumkan oleh MTM saya, kertas kerja hanya boleh dihantar pada minggu pertama dan minggu ketiga sahaja. Selain itu untuk meluluskan kertas kerja tersebut mahasiswa perlu membentangkannya didepan panel yang terdiri daripada para pegawai Universiti. Kelulusan kerja hanya akan keluar 7 hari bekerja dan 3 hari selepas perbentangan. Persoalan yang bermain dalam pemikiran saya ialah apakah rasionalnya apabila prosedur aktiviti pelajar berubah sehingga sedemikian rupa? Memang tidak dinafikan kelulusan untuk program dalam masa 7 hari bekerja tetapi adakah kita mahasiswa ini sedar yang kita telah ditipu oleh para pegawai Universiti ini. Adakah kita mahasiswa ini dimaklumkan pada hari kejadian perbentangan kertas kerja kita mendapat  kelulusan atau pun tidak? Bagaimana kalau kertas kerja tidak lulus? Ini akan menyusahkan mahasiswa yang telah membuat pelbagai persiapan apabila kertas kerja tidak lulus. Selain itu kelulusan kertas kerja hanya dimaklumkan apabila ingin mengambil surat kelulusan itupun apabila telah seharian berada di HEP. Jadi bagaimana mahasiswa hendak mendapat Kemahiran Insaniah kalau prosedur aktiviti pelajar yang merumitkan mahasiswa untuk beraktiviti. Adakah ini salah satu tektik daripada HEP untuk membuang mahasiswa daripada kolej kediaman? Selain itu tarikh perbentangan kertas kerja juga dimaklumkan agak lambat dan ini memang menyusahkan mahasiswa untuk mengatur jadual sehingga mahasiswa sanggup untuk ponteng kelas semata-mata ingin membuat perbentangan. Selain itu, surat kelulusan juga selalunya keluar lambat tidak seperti yang dijanjikan oleh pegawai yang bertugas. Kadang-kadang mahasiswa ini diperbodohkan oleh pegawai yang terlibat apabila surat yang sepatutnya keluar pada sebelah pagi tidak juga keluar kadang-kadang terpaksa tunggu seharian semata-mata ingin mendapatkan surat kelulusan. Saya sungguh kecewa dengan sikap En. Dahlan Ismail bin Abu Bakar dan Cik Masdira binti Mat Husin apabila program yang dianjurkan oleh persatuan yang tidak menyokong kepimpinan Universiti selalunya ditentang oleh mereka berdua ini. Kemanakah hak kami sebagai mahasiswa apabila kami mahasiswa yang menentang pengurusan Universiti ini melalui prosedur yang terlalu rumit untuk mendapatkan kelulusan. Kami mohon En. Dahlan Ismail bin Abu Bakar dan Cik Masdira binti Mat Husin menjawab isu ini sebelum hal ini kami bawakan kepada Dato' Naib Canselor.

Thursday 16 February 2012

Kemana Hilangnya Duit Aktiviti Pelajar

Pn. Saliza binti Mustafa
Menjadi persoalan didalam fikiran saya ke mana hilangnya duit aktiviti pelajar sedangkan setiap kelab ada peruntukan sebanyak RM500.00. Adakah duit aktiviti pelajar telah salah digunakan oleh orang-orang tertentu demi kepentingan diri sendiri atau pun duit banyak habis dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. kadanag-kadang  kami mahasiswa sanggup mengemis berjumpa syarikat-syarikat besar untuk meminta penajaan semata-mata untuk menjayakan progaram. Pernah ke staf-staf yang menyekat peruntukan ini berfikir betapa susahnya untuk mencari penajaan kalau program yang hendak dibuat tidak sampai 3 bulan? Adakah kami masuk ke Universiti ini untuk mencari penajaan untuk membuat program atau pun untuk belajar? Sedih saya melihat junior-junior tahun satu sekarang ni nak membuat program je mesti kena sekat disebabkan bajet tidak ada.  Macam mana junior-junior nak mendapatkan merit dan kemahiran insaniah kalau duit untuk membuat program pun disekat. kalau dulu nak pinjam barang kat HEP semuanya ada, sekarang ni nak pinjam khemah pun kena sewa kat luar. Adakah HEP sudah tiada duit untuk membeli barang-barang peralatan mahasiswa ataupun duit tersebut habis untuk membuat rumah baru. Hati bertambah sedih apabila melihat padang kawat dimana adanya court dodge ball, street soccer dan wall climbing macam dibiarkan sahaja. Dulu katanya nak jadikan dogde ball dan street soccer sebagai sukan teras Universiti tapi sekarang hanya tinggal garisan sahaja. Apa yang saya dengar daripada senior-senior dulu, masa membuat court tersebut menelan belanja yang besar dan mendapat tajaan daripada TM tapi sekarang ni court-court tersebut dibiarkan begitu sahaja bermandikan hujan. Adakah kita sebagai mahasiswa hendak membiarkan sahaja perkara-perkara yang berkaitan dengan mahasiswa ini disekat oleh Seksyen Tabir Urus yang diketuai oleh Pn. Saliza binti Mustafa. Apa yang saya tahu Pn. Saliza Mustafa inilah yang meluluskan kewangan berkaitan dengan program pelajar. Yang menjadi persoalannya adalah kenapa kolej KTDI selalu mendapat penajaan adakah disebabkan beliau merupakan bekas felo kolej KTDI? 

Wednesday 15 February 2012

Felo UPM Tidak Ada Fungsi

En. Sharudin Sharani,
Presiden Kelab Felo UPM 
Setiap kolej dalam UPM mempunyai felo sekurang-sekurangnya 10 orang. Tapi sejauh mana felo ini melakukan tugas-tugasnya. Adakah felo-felo ini duduk didalam UPM sekadar ingin mendapatkan penginapan yang percuma sehinggakan tugas sebagai felo diabaikan. Majoriti felo-felo dalam UPM ini terdiri daripada pelaja-pelajar master yang kebanyakkan mereka inginkan penginapan secara percuma. Kadang-kadang sikap felo-felo yang bujang ini juga sangat melampau sehinggakan mengajar mahasiswa-mahasiswa yang tidak menginap didalam kolej untuk menginap secara haram di rumah mereka. Kebanyakkan daripada felo UPM ini sendiri tidak menyokong pengurusan Universiti. Mereka inilah layak digelar "musuh dalam selimut" yang selalu mengajar mahasiswa/i untuk menentang pengurusan Universiti. Kalau kita tengok sekarang ini pun berapa banyak kolej yang ada aktiviti yang boleh memberi impak kepada Universiti dan mahasiswa/i sekarang? sudah semestinya tidak pernah ada. Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej kediaman pun ramai yang terabai dengan sikap segelintir felo yang tidak tahu tentang tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Apa yang felo tahu adalah meting dengan pengetua kolej sambil makan-makan dan juga memberitahu pengurusan kolej tentang masalah rumah mereka. Saya sebagai mahasiswa juga meluat dengan sikap felo-felo UPM ini kerana mereka tidak pernah ambil tahu hal mahasiswa/i. Apa yang felo-felo ni tahu adalah setiap program-program kolej wajib menjemput mereka satu keluarga dan mendapat layanan bertaraf VIP. Adakah felo-felo UPM ni sedar yang mereka sebenarnya tidak diperlukan pun oleh kami mahasiswa kerana mereka ada pun tidak menyenangkan malah lebih menyusahkan kami sebagai mahasiswa. Pada akhir semester kedua, felo-felo ini sibuk untuk membuang mahsiswa yang tidak aktif didalam kolej sedangkan mereka pun tidak aktif tidak pun dibuang. Kami sebagai mahasiswa ingin En. Sharudin Sharani, Presiden Kelab Felo  atau pun pengurusan kolej dan Universiti untuk memantau felo-felo UPM ini. Kalau tiada jawapan bagi entry ini, akan ada lagi pendedahan-pendedahan yang panas-panas tentang felo-felo UPM ini.

Tuesday 14 February 2012

KMR Jadi Bangunan Tinggal

KOLEJ MOHAMAD RASHID
Kolej Mohamad Rashid (KMR) merupakan kolej pertama yang dibina di tapak estet Serdang oleh Macmillan and Company. KMR merupakan warisan UPM kurun berkurun. KMR juga merupakan teratak lahirnya sebahagian besar profesor dan doktor-doktor di UPM yang pada masa itu dikenali sebagaai sekolah pertanian. Tapi persoalan yang saya ingin bangitkan adalah kenapa KMR hendak dirobohkan sedangkan masalah yang dihadapi oleh KMR adalah pendawaian (wiring). Sungguh pelik bin ajaib apabila Pembangunan UPM mengatakan yang kos untuk mebaik pulih pendawaian bangunan KMR menelan belanja yang besar benbanding daripada merobohkan dan membinanya semula. Apa yang saya ingin tegaskan disini adalah kenapa bangunan KMR itu tidak dijadikan MUZIUM sahaja? Kenapa perlu dirobohkan bangunan asal dan diganti dengan bangunan baru? Adakah UPM ini tidak sayangkan bangunan yang telah melahirkan cendiakawan yang cerdik pandai ataupun ada orang yang ingin mengaut keuntungan dengan membina bangunan yang baru ini. Apa yang saya dapat lihat sejak bangunan KMR itu dikosongkan tiada lagi projek pembangunan mula dijalankan. Ada juga sumber maklumat mengatakan yang bangunan KMR itu tidak jadi dirobohkan malah akan dibaiki semula pendawaian. Tahukan pihak UPM yang barang-barang seperti almari, kerusi, meja dan sebagainya telah hilang sejak KMR itu dikosongkan. Jadi kalau mengikut perkiraan sayalah pihak UPM hanya sekadar ingin menduga tahap kesabaran pelajar KMR kerana apabila mereka menghalang daripada dirobohkan pihak UPM marah sekarang ini mereka hanya hendak membaiki sahaja. Mahasiswa KMR sekarang ini merempat di kolej serumpun. Mereka ini nak mengaku kolej apa pun tidak tahu disebabkan tiada identiti. Patutlah sukan kolej KMR merosok sebab Mahasiswa KMR ini banyak protes terhadap UPM. Tidak mustahil jugalah kalau saya katakan yang pengurusan KMR pun tidak ada fungsinya disebabkan bangunan pentadbiran dan asrama pelajar terlalu jauh. Minta MPP UPM bagikan penjelasan terhadap isu ini kalau anda semua mengagap itu adalah tanggung jawab anda sebagai pemimpin pelajar.






Zakat UPM Selewengkan Wang Zakat

Kenapa begitu ketat sekali prosedur untuk mendapatkan zakat di UPM sedangkan dalam 8 golongan yang layak menerima zakat adalah mahasiswa. 8 golongan tersebut adalah:
1.  Fakir – Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
2.  Miskin – Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
3.  Amil – Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
4.  Muallaf – Saudara baru memeluk Islam
5.  Riqab – Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
6.  Al-Gharimin – Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
7.  Fisabilillah – Orang yang berjuang di jalan Allah.
8.  Ibnus sabil – Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
kalau kita melihat daripada 8 golongan tersebut mahasiswa terdiri daripada golongan Fisabilillah kerana orang yang menuntut ilmu adalah orang yang berjuang dijalan ALLAH. Apa yang saya boleh katakan disini adalah pusat zakat lain tidak pernah meminta membuat karangan tunjuk sebab untuk mendapatkan duit zakat apa yang mereka minta adalah slip gaji ibu bapa sahaja. Kenapa zakat UPM begitu ketat sekali? adakah duit zakat UPM untuk keperluan orang tertentu sahaja. Adakah duit peruntukan zakat UPM boleh digunakan untuk membuat stor sesuka hati sahaja di kompleks mahasiswa. Bukankah duit zakat UPM yang paling banyak sekali di selangor ini tetapi kemana hilangnya duit zakat tersebut kerana kebanyakkan mahasiswa yang mendapat duit zakat hanya 100 orang sahaja setiap tahun sedangkan UPM mempunyai pelajar seramai 15000 orang mahasiswa. Apa yang boleh saya katakan adalah ramai lagi mahasiswa yang susah dan layak mendapat zakat tetapi pusat zakat UPM hanya buat tidak tahu sahaja. Apakah layaknya pusat zakat UPM mengajikan pekerja seramai 4 orang yang diketuai oleh Ust. Nuruliman bin Ibrahim tetapi masih gagal untuk mengesan mahasiswa yang susah. Kalau hendak dikatakan duit zakat UPM habis untuk membuat program saya tidak pernah nampak pun kerana selalunya bajet yang dapat daripada pusat zakat UPM pun tidak sampai RM1000.00. Jadi minta pihak pentadbiran Universiti dan pusat zakat selangor memantau duit zakat UPM kerana kami mahasiswa tidak mahu duit zakat UPM untuk membantu mahasiswa yang susah habis begitu sahaja. Mohon diberikan penjelasan sebelum saya bongkarkan penyelewengan yang lain.

Monday 13 February 2012

MPPUPM Sesi 2011/2012 Atas Nama

MPPUPM sesi 2011/2012
Pada sesi 2011/2012 MPPUPM mempunyai seramai 43 orang. Apa yang menjadi persoalan adalah di mana MPPUPM yang lain sedangkan apa yang kami mahasiswa dapat lihat yang sibuk memperjuangkan hak mahasiswa adalah seramai 10 orang sahaja. Adakah MPPUPM ini sekadar mahu yuran percuma ataupun bertanding sekadar ingin  menggunakan kemudahan Universiti dan menginap di kolej-kolej kediaman UPM. Selain itu MPPUPM ini tidak mesra alam dengan kami mahasiswa yang tidak mempunyai apa-apa jawatan didalam Universiti. Kami berasa sungguh kecewa dengan sikap-sikap pemimpin mahasiswa UPM (MPPUPM). Ada juga dikalangan MPPUPM ini yang turun ke padang tapi masih sombong dan bongkak hanya melayan kawan-kawan mereka sahaja sebagai contoh Saudara Adib Khalid. Adakah MPPUPM ini bersikap pilih bulu sedangkan mereka tahu tanpa kami mahasiswa yang lain ini mungkin beliau tidak akan menang. Mungkin Saudara Adib Khalid ini jadi begini disebabkan beliau menang tanpa bertanding di fakulti Sains Komputer. Apa-apa pun anda adalah MPPUPM kami, sepatutnya anda tidak boleh berkelakuan sedemikian rupa. Apa yang menjadi persoalan dikalangan kami mahasiswa adalah kenapa kami perlu berjumpa mereka untuk membincangkan isu sedangkan mereka sendiri jarang untuk turun padang. Adakah mereka telah berasa besar sebab apa sahaja percakapan mereka ini akan didengari oleh pengurusan Universiti. Kami pun ada hak sebagai mahasiswa kami tidak mahu alam maya menjadi medan perhubungan antara MPP dan mahasiswa. Kami hanya mahu MPP bertegur sapa je dengan kami bukannya sibuk duduk di dalam bilik MPP di Kompleks Mahasiswa itu. MPP kali ini juga tidak mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa bawahan seperti kami mereka hanya lebih suka berhubung dengan Presiden Kolej sahaja. Adakah kami mahasiswa bawahan ini tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dengan MPP kami sedangkan kami juga membayar yuran yang sama dengan Presiden kolej. Kami memohon MPP untuk pergi ke kolej-kolej untuk berjumpa dengan kami sebelum mereka melepaskan jawatan sebagai MPP kali ini ataupun kami mahasiswa akan memboikot Pemilihan Pewakilan Pelajar akan datang. Apa-apa pun kami mahasiswa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Iqbal Ismat, Arif Baba, Roslina Jaafar, Rahmawati Nurdin, Bukhari Rahim, Muhamad Rasali, Mohd Pojan, Adib Khalid, Asmaa Sujak dan Nursila. Semoga Allah memberkati perjuangan anda semua.

Suksis dan Palapes bukan entiti UPM

En. Nor Azlan bin Mohammed
Lt Kol Othman Bin Jalani
Baru2 ini kecoh mengatakan yang suksis dan palapes bukan entiti UPM kerana mereka tidak boleh mengundi dan bertanding. Adakah ini semua betul atau propaganda yang dimainkan oleh sesetengah pihak untuk memalukan UPM. Hasil daripada kajian kawan2 UPM rupa2nya benda ini bukannya propaganda tapi memang kenyataan kerana mereka dilarang bertanding dalam pemilihan pewakilan pelajar dan terlibat dengan mana2 aktiviti UPM tidak kira sama ada daripada peringkat Universiti ataupun KPT. Mereka dihalang terlibat oleh pegawai2 Universiti yang menjaga dua entiti ini. Pegawai yang menjaga Suksis adalah En. Nor Azlan bin Mohammed Pegawai khas TNC(HEPA) dan juga merangkap DSP/KS NCR bagi suksis UPM dan Lt Kol Othman Bin Jalani pengetua kossas dan juga merangkap Timbalan Komandan Palapes UPM. Mereka berdualah entiti yang menghalang mahasiswa UPM yang menyertai suksis dan palapes daripada bergiat dengan aktiviti Universiti dan KPT. Adakah mereka berdua ini tidak mengetahui yang mahasiswa yang terlibat dengan suksis dan palepas juga mempunyai hak untuk bertanding dalam pemilihan pewakilan pelajar UPM. Nampaknya Mahasiswa yang terlibat dengan suksis dan palapes ini telah ditanam supaya tidak menyokong UPM dan hanya terlibat dengan dunia mereka sendiri. Kalau macam tu suksis dan palapes bolehlah membuat kolej mereka sendiri dan keluarkan susksis dan palapes daripada UPM. Mohon TNC HEPA kita menyiasat dakwaan ini kerana mereka berdua ini akan menjejaskan imej baik UPM di mata KPT nanti.

Sunday 12 February 2012

Permangku ketua Bahagian Kambing Hitam

ENCIK PAUZI KARIM
HEP UPM tidak mempunyai ketua bahagian lebih kurang 6 bulan lamanya. Sekarang ni dipangku oleh En Mohd Pauzi Bin haji Abdul Karim yang merupakan Ketua Seksyen Pembinaan Sahsiah. kalau diikutkan logik kenapa HEP masih tidak mempunyai ketua bahagian sedangkan pemilihan pewakilan pelajar akan dijalankan sem depan. Apa yang saya dengar telah 3 orang penolong pendaftar menolak jawatan sebagai ketua bahagian HEP kerana disebabkan takut dengan pemilihan pewakilan pelajar dan gerakan mahasiswa yang menetang campur tangan daripada HEP. Mahu tidak mahu pendaftar kena membiarkan jawatan ketua bahagian tersebut kosong sehingga selesai pemilihan pewakilan pelajar UPM. Sekarang ni apa yang saya lihat adalah En. Pau akan dijadikan kambing hitam oleh TNC HEPA kita kalau puak2 aspirasi kalah dalam pemilihan pewakilan pelajar kali ini. Memang cukup bagus TNC HEPA kita ini kerana sanggup menjadikan orang lain sebagai kambing hitam dia untuk kepentingan diri sendiri. Adakah En. Pau tidak layak menjawat jawatan sebagai ketua bahagian sedangkan beliau telah berkhidmat dengan HEP UPM selama 20 tahun dan beliau juga merupakan seorang kaunselor berdaftar. Dari segi lain apa yang saya boleh katakan adalah En. Pau juga turut disengangi oleh mahasiswa UPM kerana beliau merupakan seseeorang yang senang untuk didekati berbanding dengan TNC HEPA kita. Kesimpulan yang saya boleh katakan kenapa EN PAUZI KARIM tidak layak menjadi KETUA BAHGIAN HEP adalah disebabkan beliau akan dijadikan KAMBING HITAM dalam PEMILIHAN PEWAKILAN PELAJAR UPM pada kali imi oleh TNC HEPA UPM

Konspirasi Kompleks Mahasiswa

TNC HEPA UPM
Siapakah yang menjadi dalang konspirasi kompleks mahasiswa ini.? Menjadi pertanyaan kepada saya apabila stor peralatan mahasiswa untuk persatuan dan kelab yang diberikan kepada UPMI adalah arahan daripada TNC HEPA. Adakah TNC HEPA kita ini tidak mengetahui yang kompleks mahasiswa ini adalah kepunyaan mahasiswa. Bagaimanakah beliau boleh dilantik menjadi TNC HEPA sedangkan beliau sendiri tidak mengetahui tugas sebagai TNC HEPA ataupun beliau lupa tugas dan tanggungjawab sebagai TNC HEPA kerana sanggup memberikan hak mahasiswa kepada UPMI disebabkan ingin mencari untung. TNC HEPA juga tidak memainkan peranan sebagai penasihat kepada MPPUPM dan menjaga kebajikan mahasiswa.. TNC HEPA UPM ini juga sering dilihat seperti tiada masa bersama mahasiswa kerana sibuk bermain golf bersama kenalannya. Adakah TNC HEPA sebegini layak duduk di UPM SERDANG ini sedangkan ramai orang tahu yang UPM ini adalah anak emas kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) . Nampaknya kecermelangan UPM di mata KPT semakin menurun disebabkan kepentingan peribadi TNC HEPA mengatasi tanggungjawab dan tugasnya.

NYDP UPM Terlampau

NYDPUPM
Pada hari pendaftaran pelajar International berlaku sadikit salah faham kerana bilik yang diberikan kepada UPMI di kompleks mahasiswa telah dikunci oleh NYDP UPM. Siapakah NYDP UPM ni sehingga sanggup mengunci bilik UPMI yang menjadi bilik kebal UPMI yang menempatkan pasport pelajar-pelajar international tersebut. Setelah dikaji dan diselidik rupa-rupanya bilik yang dijadikan sebagai bilik kebal oleh UPMI adalah bilik yang digunakan oleh mahasiswa UPM untuk menyimpan peralatan persatuan dan kelab. Ini berlaku disebabkan rundingan yang dijalan telah mengesahkan yang kompleks mahasiswa tersebut adalah kepunyaan mahasiswa dan UPMI telah menceroboh kompleks tersebut dan menjadikan stor peralatan mahasiswa sebagai bilik kebal mereka dan bercanggah dengan hasil rundingan bersama Dato' Naib Canselor. Setinggi tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada NYDP UPM yang sentiasa peka dengan masalah mahasiswa. Semoga diatas penguncian bilik tersebut menjadi teladan kepada staf-staf UPM supaya tidak membuat sesuka hati terhadap mahasiswa. HIDUP MPPUPM!!!!!!!!!!

BILIK KEBAL UPMI


Kompleks Mahasiswa

KOMPLEKS MAHASIWA
Baru-baru ini kompleks mahasiswa telah diberikan semula kepada mahasiswa setelah beberapa kali perbincangan telah dijalankan antara  Y.Bhg.Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Puan Chek Zan Kesah, Prof Datuk Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan dan beberapa wakil pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UPM. Dalam perjumpaan tersebut Dato' Naib Canselor mengakui yang Kompleks Mahasiswa ini memang kepunyaan mahasiswa. Isu yang wakil pelajar ini bangkitkan adalah kerana salah satu bilik di komplek mahasiswa tersebut telah diberikan kepada UPM International (UPMI) atas alasan yang bilik tersebut dijadikan stor peralatan persatuan dan kelab dan penggunaan keatas bilik tersebut tidak efisyen. Apa yang saya dengar lagi adalah kompleks mahasiswa tersebut seperti "mati segan hidup xmahu" kerana mahasiswa pun tidak ramai yang berkunjung ke kompleks tersebut. Kompleks mahasiswa itu dipanggil sedemikian kerana tidak terdapat kemudahan yang membolehkan kompleks tersebut menjadi tumpuan mahasiswa. Selain itu kompleks mahasiswa itu juga berada bersebelahan dengan kompleks akademi. Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa kompleks mahasiswa itu dibina bersebelahan dengan kompleks akademi? Adakah kompleks akademi tidak mencukupi didalam kawasan UPM? Selain itu pengangkuta untuk memudahkan mahasiswa ke kompleks tersebut juga berkurangan pada waktu malam kerana bas hanya beroperasi 2 jam sekali kerana pada sebelah  malam mahasiswa kurang mempunyai kelas. Di kafe kompleks mahasiswa tersebut juga hanya menyediakan makanan segera sahaja kerana TNC HEPA tidak membenarkan masak-memasak di kawasan kompleks tersebut.Persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah kenapa kompleks mahasiswa tersebut disekat penggunaannya? adakah kerana ada pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan daripada kompleks tersebut? Sama-samalah kita pikirkan.