Monday 24 September 2012

Kabinet SPU Memeningkan Kepala


Hari ini Arif Baba telah mengeluarkan Kabinet Siswa Penggerak Universiti (SPU). Nampaknya SPU ini macam telah dirancang awal oleh Arif Baba sebelum Pemilihan Pewakilan Pelajar kerana  SPU ini nampak  lebih tersusun tidak macam pergerakan pelajar yang lain. Adakah ini merupakan satu langkah awal permulaan kepada pergerakkan pelajar yang baru? Siapakah yang dikatakan STAR diatas? Adakah ianya Arif Baba ataupun orang luar? Hari ini makin ramai calon dan mantan MPP yang mengeluarkan status untuk bersama-sama dengan SPU. Adakah SPU ini akan terus kekal sebagai satu badan yang akan menggerakkan pelajar di UPM ini ataupun ianya akan berkubur selepas Pemilihan Pewakilan Pelajar? Mohon Arif Baba untuk mengeluarkan kenyataan berhubung berkenaan dengan kabinet ini ataupun ianya adalah sebagai langkah untuk mempromosikan MLM beliau. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dijawab oleh Arif Baba.

Sunday 23 September 2012

Kewujudan SPU Menjadi Tanda Tanya Banyak Pihak

 Pada tahun ini, kita dapat melihat wujudnya persaingan yang sihat didalam Pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar untuk sesi 2012/2013 apabila saudara Arif Baba mewujudkan gerakan baru setelah beliau tidak lagi sehaluan dengan Aspirasi UPM. Adakah kewujudan SPU ini merupakan tanda protes beliau terhadap pihak pentadbiran universiti setelah perjuangan beliau menuntut kompleks mahasiswa tidak dilayan oleh pihak universiti ataupun ia merupakan petanda awal kebangkitan mahasiswa dalam menentukan masa depan universiti yang selalu dibelakangi oleh parti politik? Mahasiswa sekarang sudah sedar yang Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa merupakan pergerakan pelajar yang retorik semata-mata yang berjuang untuk mahasiswa tetapi diguna pakai oleh parti politik diluar. Mungkin juga dengan kewujudan SPU ini dapat membuka mata masyarakat diluar yang mahasiswa sekarang makin bijak menentukan masa depan mereka tanpa perlu dibanyangi oleh mana-mana parti politik. Sama-samalah kita nantikan kenyataan-kenyataan yang akan dikeluarkan oleh saudara Arif Baba terhadap perjuangan SPU ini sama ada SPU ini untuk perjuangan mahasiswa ataupun merupakan pencaturan pihak Universiti dalam Pemilhan Pewakilan Pelajar sesi 2012/2013.


Saturday 22 September 2012

Arif Baba Keluar Aspirasi

Pertanyaan dan persoalan yang timbul dengan perangai Arif Baba terjawab apabila beliau mengaku keluar daripada Pro-Aspirasi UPM di dalam video yg saya ambik daripada status beliau di facebook. Ini amat memeranjatkan kerana Pemilihan Pewakilan Pelajar hanya tinggal 3 hari saja lagi. Arif Baba juga mewujudkan group baru yg diberi nama Siswa Penggerak Universiti (SPU) yang berjuang untuk mahasiswa dan tidak mahu campur tangan daripada mana-mana pihak pun.Pergerakan baru yang ditubuhkan oleh Arif Baba ataupun SPU turut menghantar calon dalam pemilihan pewakilan pelajar tahun ini.Selain itu, pengunduran Arif Baba daripada Pro-Aspirasi UPM juga turut diikuti oleh kawan-kawan rapat beliau yang telah lama berjuang untuk Aspirasi. adakah ini merupakan petanda awal kejatuhan Pro-Aspirasi di UPM? sama2 kita nantikan langkah seterusnya yang akan diambik oleh arif baba.

Friday 21 September 2012

Mantan NYDP Makin Pelik Menjelang Pemilihan Pewakilan Pelajar

Sejak bermulanya Pemilihan Pewakilan Pelajar sesi 2012/2013 Mantan NYDP, Muhammad Ariff Baba semakin pelik apabila kelihatan tidak lagi bersama Aspirasi yang sekarang ini dipimpin oleh Khairulfadzreen Borhan. Adakah ini merupakan petanda awal perpecahan Aspirasi yang kian melanda UPM sekarang ini? Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Mantan NYDP juga  didalam status facebook beliau semakin pelik apabila ada diantara status beliau yang menolak AMAN KAMPUS dan Alumni ASPIRASI. Adakah ini merupakan penyebab kenapa Arif Baba digulingkan sebagai Ketua Jentera ASPIRASI dan digantikan oleh Borhan? Semalam Arif Baba telah mengeluarkan 2 gambar DIAMBANG PEMILIHAN MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR yang melambangkan LRT dan ROLLER COASTER. Adakah Arif Baba mempunyai pergerakan baru ataupun ini merupakan propaganda yang dimainkan oleh ASPIRASI menjelang Pemilihan Pewakilan Pelajar sesi 2012/2013 ataupun ini merupakan gerakan mahasiswa yang baru tanpa perlu bernaung dibawah sesiapa pun? Bersama kita nantikan status terbaru Arif Baba didalam facebook beliau!!!!!!! 


Tuesday 18 September 2012

UPM Tidak Perlukan AMAN KAMPUS

AMAN KAMPUS adalah satu pergerakan yang diwujudkan oleh Alumni ASPIRASI untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya Pro Mahasiswa terhadap Universiti. Ia diwujudkan juga disebabkan ASPIRASI kini makin dibenci oleh mahasiswa disetiap Universiti disebabkan  ASPIRASI merupakan sebuah pertubuhan yang yang diguna pakai oleh HAL EHWAL PELAJAR (HEP) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk kepentingan mereka sendiri. Selain itu ahli-ahli AMAN KAMPUS terdiri daripada orang luar bukannya mahaiswa Universiti. AMAN KAMPUS juga menggunakan paltform pelajar sebagai penggerak disetiap Universiti bagi membolehkan mereka ini diterima disetiap Universiti. Menurut mantan NYDP UPM AMAN KAMPUS juga menyokong perhimpunan LGBT yang diadakan di Stadium UPM kira-kira 2,3 bulan yang lepas. Perhimpunan tersebut dikendalikan oleh NGO-NGO luar yang tidak menyokong LGBT yang diketuai oleh NGO TIBAI (Tolak Individu Yang Bernama Anwar Ibrahim) dan disokong oleh AMAN KAMPUS. Persoalan yang juga timbul kenapa perhimpunan seperti itu boleh diadakan di UPM sedangkan banyak lagi tempat luar yang boleh dibuat perhimpunan sedemikian. Adakah ini merupakan campur tangan AMAN KAMPUS yang bernaung pada KPT? Baru-baru ini saya ada terlihat banner AMAN KAMPUS yang digantung di bus stop didepan Kompleks Mahasiswa yang mengucapkan selamat datang pelajar baharu ke UPM. Adakah dengan mengangtungkan banner tersebut merupakan tiket untuk AMAN KAMPUS masuk campur terhadap Pemilihan Pewakilan Pelajar UPM untuk tahun ini? Adakah pihak pentadbiran UPM semakin lemah sehingga memerlukan NGO-NGO luar untuk masuk campur didalam hal rumah tangga sendiri. Adakah UPM ini hendak menjadikan kami sebagai mahasiswa yang lesu ataupun ingin menjadikan kami mahasiswa UPM sebagai mahasiswa yang hanya mahu mengikut telunjuk orang luar? Dimanakah hak kami yang mahukan Universiti ini sebagai Universiti yang aman tanpa campur daripada orang luar. Mohon  Naib Canselor UPM supaya menjadikan UPM bebas daripada pengaruh luar yang tidak berkaitan.

Wednesday 12 September 2012

Kejutan Buat Mahasiswa UPM

Baru hendak memulakan pengajian bagi sesi pertama 2012/2013 kita mahasiswa UPM telah dikejutkan oleh pihak pentadbiran UPM dengan mengadakan pilihanraya kampus. Sedarkah pihak pengurusan UPM yang kami mahasiswa ini masuk ke Universiti untuk belajar dan menuntut ilmu menjadi sebagai manusia yang berguna bukannya untuk berpolitik. Saya masih tertanya kenapa pihak pentadbiran UPM ini tidak sabar-sabar untuk mengadakan pilihan raya kampus sedangkan pelajar lama masih ada yang tidak habis lagi mendaftar subjek. Adakah Pemilihan Pewakilan Pelajar tahun ini penentu untuk Pilihan Raya Umum Ke 13? Apa-apa pun saya doakan semoga mana mahasiswa yang bertanding pada kali ini akan bersedia memimpin dan bertanggungjawab melaksanakan amanah yang telah diberikan nanti. Janganlah ada mana-mana mahasiswa yang bertanding pada pemilihan pewakilan pelajar pada tahun ini menggunakan peluang ini untuk politik luar mereka. Jadi mahasiswa yang mempunyai jati diri yang kuat dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai mahasiswa. Saya juga memohon mana-mana mahasiswa yang menyokong Aspirasi ataupun Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)/Pro Mahasiswa (Pro M) supaya menjaga etika semasa pemilihan pewakilan pelajar pada tahun ini supaya peristiwa berdarah pada tahun lepas tidak akan berulang kembali.


Khas Untuk Pelajar UPM Tercinta


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia untuk sesi pengajian 2012/2013. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada mahasiswa baharu sesi 2012/2013 kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke UPM. Mungkin semua tertanya-tanya kenapa saya mengucapkan tahniah dan takziahkan ini kerana tahniah sebab anda berjaya menjadi mahasiswa Universiti Putra Malaysia untuk sesi 2012/2013 dan takziah pulak sebab anda menjadi sebahagian daripada kami mahasiswa UPM yang telah dilabelkan oleh masyarakat luar sebagi penganas disebabkan isu memecahkan pintu kaca bangunan pentadbiran yang berlaku pada tahun lepas. Semoga mahasiswa-mahasiswa baharu dapat membezakan mana yang baik dan buruk sewaktu anda belajar di UPM. Pesanan terakhir buat saya Ilmu itu bukan sekadar akademik tetapi ianya mempunyai pelbagai cabang kita yang menentukan sama ada ianya berguna untuk masa depan kita ataupun ianya mengikut hawa nafsu kita. Salam Perjuangan daripada LIDAH PUTRA yang akan membongkarkan segala masalah dalaman UPM supaya mahasiswa tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak.