Tuesday 15 January 2013

Tahniah Prof. Datuk Dr. Fauzi B. Hj. Ramlan

Tahniah diatas perlantikan Prof. Datuk Dr. Fauzi B. Haji Ramlan sebagai Naib Canselor UPM yang ke7 bagi mengantikan  YBhg. Dato' Ir.Radin Umar Radin Sohadi yang telah tamat kontrak atas faktor-faktor kesihatan. Sebelum ini Prof Fauzi merupakan TNC HEPA semasa YBhg. Dato' Ir.Radin Umar Radin Sohadi memegang jawatan sebagai Naib Canselor UPM ke6. Prof. Fauzi merupakan calon yang layak mengantikan YBhg. Dato' Ir.Radin Umar Radin Sohadi diatas pengalaman beliau sebelum ini. Kalau kita melihat sejarah beliau sebelum beliau menjadi Naib Canselor UPM yang ke7 beliau merupakan orang yang paling berpengalaman didalam UPM kerana beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Prof. Madya dijabatan Sains Pertanian dan beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengetua kolej kedua. Jadi tidak salahnya saya sebagai mahasiswa mengatakan yang Prof Fauzi adalah orang yang paling layak sekali kerana beliau juga mempunyai pengalaman dengan mahasiswa semasa beliau memegang jawatan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai Pengarah Di Bahagian Perngurusan dan Pembangunan Pelajar. Saya dan mahasiswa UPM yang lain sentiasa mendoakan kesejahteraan Naib Canselor kita yang ke7 supaya sentiasa berada didalam keadaan sihat walfiat hendaknya. Moga Prof. Fauzi akan rajin berjumpa dengan para pelajar supaya kami lebih dekat lagi dengan Naib Canselor kami yang tercinta.