Tuesday, 14 February 2012

Zakat UPM Selewengkan Wang Zakat

Kenapa begitu ketat sekali prosedur untuk mendapatkan zakat di UPM sedangkan dalam 8 golongan yang layak menerima zakat adalah mahasiswa. 8 golongan tersebut adalah:
1.  Fakir – Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
2.  Miskin – Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
3.  Amil – Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
4.  Muallaf – Saudara baru memeluk Islam
5.  Riqab – Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
6.  Al-Gharimin – Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
7.  Fisabilillah – Orang yang berjuang di jalan Allah.
8.  Ibnus sabil – Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
kalau kita melihat daripada 8 golongan tersebut mahasiswa terdiri daripada golongan Fisabilillah kerana orang yang menuntut ilmu adalah orang yang berjuang dijalan ALLAH. Apa yang saya boleh katakan disini adalah pusat zakat lain tidak pernah meminta membuat karangan tunjuk sebab untuk mendapatkan duit zakat apa yang mereka minta adalah slip gaji ibu bapa sahaja. Kenapa zakat UPM begitu ketat sekali? adakah duit zakat UPM untuk keperluan orang tertentu sahaja. Adakah duit peruntukan zakat UPM boleh digunakan untuk membuat stor sesuka hati sahaja di kompleks mahasiswa. Bukankah duit zakat UPM yang paling banyak sekali di selangor ini tetapi kemana hilangnya duit zakat tersebut kerana kebanyakkan mahasiswa yang mendapat duit zakat hanya 100 orang sahaja setiap tahun sedangkan UPM mempunyai pelajar seramai 15000 orang mahasiswa. Apa yang boleh saya katakan adalah ramai lagi mahasiswa yang susah dan layak mendapat zakat tetapi pusat zakat UPM hanya buat tidak tahu sahaja. Apakah layaknya pusat zakat UPM mengajikan pekerja seramai 4 orang yang diketuai oleh Ust. Nuruliman bin Ibrahim tetapi masih gagal untuk mengesan mahasiswa yang susah. Kalau hendak dikatakan duit zakat UPM habis untuk membuat program saya tidak pernah nampak pun kerana selalunya bajet yang dapat daripada pusat zakat UPM pun tidak sampai RM1000.00. Jadi minta pihak pentadbiran Universiti dan pusat zakat selangor memantau duit zakat UPM kerana kami mahasiswa tidak mahu duit zakat UPM untuk membantu mahasiswa yang susah habis begitu sahaja. Mohon diberikan penjelasan sebelum saya bongkarkan penyelewengan yang lain.

43 comments:

  1. korang kalu tulis biar ada fakta jgn tabur fitnah mcm ni ...adoyai..ni duit zakat tau jgn main main

    ReplyDelete
  2. org yg buat blogs nie dah kuat sgt ke ibadah dia... dah cukup bersedia ke nk cari org yg telah dia fitnah nie di padang masyar.....klu berani kenape x terus je jumpe UST NURULIMAN tu tanyer.....buat pe la buat blogs tp jatuhkan maruah org lain.
    penat mak bapak suruh belajar tp ini hasilnye... klu la pernah dpt bantuan zakat diharamkan penggunaannyar oleh penolong amil maka seluruh badan itu makan yg haram.

    ReplyDelete
  3. kalau zakat tu untuk mahasiswa kenapa perlu untuk membuat esei tunjuk sebab.Siapakah anda untuk mengharamkan penggunaan duit itu sedangkan duit itu memang layak diterima. cukup iman ke anda berkata begitu. sila berikan kitab biar saya buat rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon kepastian/pembetulan berkaitan tarikh dan masa yang tertera pada setiap paparan komen. Terima kasih. 14/2/2012 8:51PM

      Delete
    2. Para pemohon zakat di UPM tidak pernah sama sekali diminta untuk “membuat karangan tunjuk sebab” kerana justifikasi surat permohonan yang disediakan adalah bagi menjelaskan masalah yang dihadapi oleh pemohon dan bentuk bantuan yang diperlukan, selain tandatangan dan akuan pemohon dengan nama Allah bahawa segala maklumat dan keterangan yang diberikan adalah benar.

      Delete
    3. PEMBETULAN : Zakat UPM bukan hanya untuk mahasiswa, tetapi lebih daripada itu, ianya adalah untuk warga UPM yang didefinisikan sebagai mana-mana orang yang beragama Islam dan bertugas, bekerja atau belajar di UPM (perenggan [1], Definisi; [13] - Perjanjian Pelantikan Penolong Amil).

      Delete
  4. aku setuju better ko buat dialog dgn ustaz nuruliman jgn tulis blog camni .. yg ko marah sgt ustaz iman nape .. ade ke paper work korang dia tahan .. tak puas hati dgn penasihat bincang baik baik

    ReplyDelete
  5. positif le sikit buat esei tu tujuan utk memudahkan nanti utk jwb soalan exam essei.. yg suruh buat esei tu kaunselor le utk dapat maklumat bukan ustaz yg budiman ...teruk punyer kaki blogger

    ReplyDelete
  6. aku sokong ustaz iman sebab ustaz iman handsome

    ReplyDelete
    Replies
    1. All praises to Allah The Cherisher, The Sustainer. I do hope that I am not just "handsome" but "handsfull". I have tried my best to be and will always be so.

      Delete
  7. tu la belajo x abis nk fitnah org....klu yg pegang amanah mengharamkan maka jatuh haram ke atas penerima. sama mcm klu ko minta maaf tp ust iman x nk maafkan maka nk mati pun susah.. mcm ko derhaka pada mak ko. tahu kenape sbb ust iman diamanahkan jaga wang zakat dan agihkan. sama mcm mak ko diamanahkan jaga dan besokan ko. klu mak ko haramkan susu yg diberikan maka haram la badan ko tu. sama juga la kes ust iman nie. sbb ust iman nie penolong amil zakat upm. x kira la ko berhak ke x. tp klu dah bengap tu bengap jugak.

    ReplyDelete
  8. rasenye ape yg anda tulis ne lebih kepada pendapat anda suke2 jek,,n dah mcm jadi fitnah jek,,hati2 dalam mengeluarkan statement x berasas,,

    ReplyDelete
  9. saya mohon la penulis blogs ini akan gagal dlm hidup die selagi die x mohon ampun kepada semua org yg die fitnah dlm bogs die. dan sy amat lah berharap agar pekerja dan Ust iman jgn sesekali memaafkan dan menghalalkan bantuan yg telah diberikan kepada penulis blogs ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya dengan izin Allah jua, maka saya akan sentiasa berusaha untuk mengamalkan fikiran dan tindakan yang positif di samping pendekatan yang sederhana dan berhikmah. Cuma secara peribadi sebagai manusia biasa, saya agak tersentuh apabila membaca perkataan "bin Ibrahim" kerana .....

      Delete
  10. Merujuk komentar Mahasiswa Putra bertajuk ‘Zakat UPM Selewengkan Wang Zakat’, ingin ditegaskan bahawa melalui Perjanjian Pelantikan UPM sebagai Penolong Amil oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditandatangani oleh Pengurus Besar LZS dan Naib Canselor UPM pada 8 Jun 2006 dan telah dilanjutkan sehingga 7 Jun 2013, UPM adalah bertanggungjawab mengutip dan mengumpul zakat daripada staf UPM dan menyerahkan keseluruhan kutipan tersebut kepada pihak LZS sebelum atau pada 5hb bulan berikutnya.
    Seterusnya, UPM bertanggungjawab mengagihkan 50% jumlah keseluruhan kutipan yang dikembalikan oleh pihak LZS kepada lima (5) kategori asnaf sahaja iaitu Fakir, Miskin, Muallaf, Fisabilillah dan Ibnu Sabil.
    UPM turut berhak untuk memperolehi 6.25% daripada jumlah kutipan setiap bulan sebagai upah amil bagi tujuan kos operasi, prasarana, aktiviti/bahan promosi dan sebagainya.
    Sepanjang tahun 2011, UPM telah meluluskan bantuan zakat kepada seramai 2,120 pelajar UPM yang layak dan berhak (952 Fakir, 632 Miskin, 21 Muallaf, 482 Fisabilillah dan 33 Ibnu Sabil); dan hanya lima (5) permohonan sahaja yang tidak diluluskan (0.2%) atas pelbagai faktor seperti pemalsuan dokumen, menyembunyikan maklumat, baki simpanan yang terlalu banyak dan tiada keperluan kritikal dengan perkataan lain hanya sekadar ingin mencuba nasib...

    ReplyDelete
  11. wah ust iman beri penjelasan so jawab2 dan komen....ust saya cadangkan jgn maafkan org mcm lidahputra nie....biar die susah nk mati tah2 die bukan islam kot sbb tu die x layak terima zakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Para ulama berbeza pandangan tentang hukum mendoakan bukan Islam yang masih hidup dengan doa berbentuk rahmat atau keampunan kerana terdapat beberapa hadith yang menjadi dalil larangan tersebut, di samping beberapa hadith lain yang turut membenarkannya.

      Antara dalil mengharamkannya ialah ketika peristiwa seorang Yahudi yang sengaja bersin di hadapan Nabi SAW dengan harapan Baginda SAW akan mengucapkan: “Yarhamuk Allah” sebagai balasan, yang bermaksud “Semoga Allah merahmatimu. Sebaliknya Nabi SAW menyebut: “Yahdikum Allah Wa Yushlih Balakum” yang bermaksud ”Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu.” (Hadith riwayat Tirmizi). Tindak balas tersebut jelas menunjukkan bahawa adalah tidak harus untuk mendoakan rahmat dan keampunan untuk mereka.
      Namun demikian, terdapat beberapa dalil yang menunjukkan bahawa Nabi SAW turut mendoakan keampunan kepada mereka dalam kes tertentu, seperti riwayat Abdullah bin Mas’ud dalam nada kerinduan: “Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang Rasul dalam kalangan para Nabi yang telah dicederakan oleh kaumnya sedangkan dia hanya bersabar dan berdoa: “Allahumm Ahdi Qawmi Fa Innahum La Ya’lamun” yang bermaksud “Ya Allah! Ampunilah kaumku kerana mereka masih belum menyedari.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim). Sehubungan itu, saya mengajak diri saya dan semua kaum saya agar berusaha untuk mencontohi para Nabi. Feb 15, 2012 02:38 AM

      Delete
  12. Secara umumnya, semua pelajar UPM yang beragama Islam dan belajar sepenuh masa adalah layak memohon zakat UPM, namun demikian untuk menentukan setiap pemohon adalah benar-benar berhak, Penolong Amil mestilah merujuk kepada Fatwa Sistem Agihan Zakat MAIS dan Garis Panduan Agihan Bantuan Zakat Pelajar IPT; di mana prinsipnya hendaklah mengutamakan hak para asnaf yang Muqaddam (Fakir, Miskin, Muallaf dan Amil) berbanding para asnaf Mu’akhkhar (Gharim, Fi Sabilillah, Riqab, Ibnu Sabil). Turut ditegaskan bahawa Pihak UPM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan serta menambahbaik prosedur permohonan zakat pelajar sedia ada, sebagai contoh dengan mendaftarkannya dalam Sistem Pengurusan Kualiti (ISO) pejabat Pendaftar UPM, selain membangunkan permohonan zakat atas talian. Usaha ini telah diiktiraf oleh pihak LZS sebagai di antara pengurusan Penolong Amil IPT yang terbaik kerana telah memperkenalkan permohonan terbuka tanpa tarikh tutup, di samping tempoh proses kelulusan yang hanya mengambil masa tujuh (7) hari bekerja sahaja. (selain UPM, IPT yang dilantik oleh pihk LZS ialah UiTM, UIAM, UKM, UNITEN dan MMU)…

    ReplyDelete
  13. Pada peringkat operasi, Unit Pengurusan Zakat dan Kerohanian di UPM adalah digerakkan oleh tujuh (7) orang staf yang terdiri daripada seorang Pegawai, dua orang Penolong Pegawai, dua orang Pembantu Tadbir dan dua orang pelajar Asnaf UPM (Program Khidmat Pelajar) yang bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan kutipan zakat (tunai/cek/potongan gaji), operasi agihan bantuan, aktiviti-aktiviti kerohanian warga UPM (pelajar/staf), selain pengurusan Dana Wakaf Ilmu UPM.
    Selain itu, Naib Canselor UPM telah menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu (a) Lembaga Pemegang Amanah Zakat UPM yang akan memantau, mengawal dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan Tabung Amanah Zakat UPM di mana ianya turut dianggotai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Pendaftar UPM, Bendahari UPM, Pengarah Pusat Islam Universiti UPM dan YDP MPP UPM; dan (b) Jawatankuasa Agihan Zakat UPM bagi memastikan wang zakat dibelanja dan diagihkan menurut tatacara agihan yang telah ditetapkan dengan persetujuan ahli JK Agihan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti, UPM.
    Bagi meningkatkan keberkesanan agihan zakat, tindakan pro-aktif dan outreach turut dilaksanakan oleh pengurusan zakat UPM melalui kerjasama dengan pihak fakulti, kolej-kolej kediaman, Bahagian Akademik, Pejabat Pendaftar dan pihak Bendahari dalam mengenalpasti para asnaf yang layak dan berhak menerima bantuan zakat tanpa perlu menunggu mereka memajukan permohonan. Sebahagian daripada langkah yang telah diambil ialah dengan memperkenalkan Bantuan Sara Diri kepada para pelajar baharu di peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Asasi Sains Pertanian sempena kemasukan mereka pada setiap sesi akademik (termasuk kampus Bintulu), program bantuan Nur Kasih Ramadan dan Ziarah Amal Ramadan, selain berjaya mengenalpasti 1,842 pelajar yang menanggung tunggakan yuran pengajian untuk dianalisa keperluan mereka berdasarkan aspek Muqaddam tadi...

    ReplyDelete
  14. Berhubung dakwaan bahawa “…duit peruntukan zakat UPM telah digunakan untuk membuat stor sesuka hati sahaja di kompleks mahasiswa” adalah tidak benar kerana kos pembinaannya hanya menggunakan dana Upah Amil (No. Vot. : 62192) dan bukannya dana Agihan (No. Vot. : 62156) dan proses pembinaan setor tersebut telah mendapat kelulusan Pemegang Amanah Zakat UPM serta kebenaran pihak Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM yang bertujuan untuk menyimpan peralatan aktiviti kerohanian pelajar (Sekretariat Kerohanian Kolej-kolej UPM), selain menempatkan kelengkapan/bahan promosi zakat dan wakaf ilmu yang masih boleh diguna semula.
    Bagi menjawab dakwaan mengatakan “…pusat zakat lain tidak pernah meminta membuat karangan tunjuk sebab untuk mendapatkan duit zakat apa yang mereka minta adalah slip gaji ibu bapa sahaja. Kenapa zakat UPM begitu ketat sekali?...”, perlu difahami bahawa prosedur dan tatacara setiap pusat pengurusan zakat yang perlu dipatuhi oleh setiap pemohon adalah berbeza dan tidak semestinya sama bergantung kepada kehendak dan keperluan yang ditetapkan oleh JK pengurusan Zakat masing-masing. Dalam konteks di UPM, setiap pemohon mestilah melampirkan sesalinan dokumen-dokumen yang telah disahkan, seperti Kad Pengenalan/Kad Matriks, pengesahan pendapatan ketua keluarga dan pasangannya (jika berkaitan), keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan) dan dua (2) salinan pengesahan akaun CIMB. Kebanyakan pemohon zakat di UPM juga dilihat tidak pula “membuat karangan tunjuk sebab” kerana justifikasi surat permohonan yang disediakan adalah bagi menjelaskan masalah yang dihadapi dan bentuk bantuan yang diperlukan, selain tandatangan dan akuan pemohon dengan nama Allah bahawa segala maklumat dan keterangan yang diberikan adalah benar.

    ReplyDelete
  15. Sebagai maklumat tambahan, berikut adalah ringkasan jumlah agihan zakat sepanjang tahun 2004 hingga 2010; dan butiran terperinci jumlah agihan zakat sepanjang tahun 2011:
    2004 – RM100,838.50, 2005 – RM470,608.11, 2006 – RM537,975.00, 2007 – RM142,966.00, 2008 – RM768,644.56, 2009 – RM948,114.00 dan 2010 – RM912,094.34;

    Manakala jumlah agihan zakat pada 2011 pula adalah sebanyak RM1,180,391.81(iaitu RM131,880.90 (11%) kepada staf UPM dan RM1,048,510.91 (89%) kepada pelajar UPM) dengan perincian berikut:

    (a) RM528,134.00 kepada 952 Fakir (para Asnaf menerima min. RM300 – max. RM1,600),
    (b) RM276,266.00 kepada 632 Miskin (para Asnaf menerima min. RM200 – max. RM1,200),
    (c) RM19,200.00 kepada 21 Muallaf (para Asnaf menerima min. RM500 – max. RM3,000),
    (d) RM343,001.81 kepada 482 Fi Sabilillah (para Asnaf menerima min. RM150 – max. RM900), termasuk tajaan aktiviti kerohanian untuk kolej/fakulti/jabatan dan tajaan yuran pelajar untuk menyertai program kerohanian anjuran JAKIM/ILIM/IPT luar/lain-lain.
    (e) RM13,790.00 kepada 33 Ibnu Sabil (para Asnaf menerima min. RM200 – max. RM600), termasuk pelajar Sabah/Sarawak yang terpaksa pulang ke kampung halaman atas urusan kecemasan/kematian ahli keluarga dan bantuan sara diri pelajar antarabangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah, cukup rasanya setakat ini untuk hari ini. Saya perlu pulang ke rumah sekarang untuk bertemu anak/isteri tersayang dan dengan izin Allah akan saya sambung lagi esok berkaitan dakwaan "bajet program yang tidak sampai RM1000" dan proses audit pengurusan zakat UPM oleh pejabat Naib Canselor UPM dan Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Terima kasih, Wassalam 'Alaikum w.b.h. Yang menjunjung Amanah; NURULIMAN BIN IBRAHIM, 010-6314001 Feb 14, 2012 09:35 PM

      Delete
    2. Salam. Pendedahan ustaz amat menarik dan sedikit sebanyak menerangkan dan dapat memberi penjelasan kepada warga UPM. Satu persoalan, adakah terdapat sumber rujukan bagi warga UPM untuk membaca dan mendapatkan maklumat berkenaan perinciaan definisi bagi setiap asnaf yang ditetapkan dalam pengagihan zakat di UPM dan perincian lain. Maksudnya terdapat risalah, website atau laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Unit Zakat UPM kepada umum?
      Boleh Ustaz jelaskan.

      Delete
  16. alhamdulillah.. akhirnya ustaz telah memberikan ulasan yang cukup padat tentang zakat upm.. anda puas hati lidahputra?? nasihat saya.. istighfar dahulu dan ingat jangan tabur fitnah sesuka hati.. dosa memfitnah lagi besar dari membunuh.. :)

    ReplyDelete
  17. puhh!! lidahputra padan muka..sarang tabuan jgn dijolok

    ReplyDelete
  18. kan bagus buat blog utk sama2 bangunkan upm bukan nak porak perandakan UPM.. peace =)

    ReplyDelete
  19. Baguslah ustaz Iman komen sekurang2nya kita tahu kemana duit itu pergi. Tp benda ni bukan hbs disini sahaja ada episod seterusnya. Tp yang lain kenapa macam bagus. Jangan ingat sarang tebuan kau je, sarang tebuan org lain kena pikir jgk. setakat sapa yang komen kat sini semua aku tahulah. Jaga-jaga ada pendedahan pasal korang jugak

    ReplyDelete
  20. aik!!!!! ugut nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak mcm pegawai2 dan staf2 UPM je yang menulis komen2 yang mendoakan penulis blog nie bkn2????? mcm takut je bunyinya...ade benda yang salah ke yang dilakukan yang diketahui oleh lidah putra sehingga memberi komen2 yang tidak berasas.....sepatutnya menasihati bkn mendoakan benda yang buruk...contohilah ust Iman yang menjawab dengan berhemah dan memberi penjelasan ttg kemana perginya wang zakat..cara mcm 2lah harus dicontohi..pttlh kempen budi bahasa budaya kita yang dijalankan tidak mendapat sambutan rupa2nya ada yang masih xingin mengamalkannya kerana suka mengeluarkan kata2 yang xberasas..

      Delete
  21. knpe komen2 yg lain asyik mendoakan penulis blog dengan perkara2 yang bukan2....adakah tukang2 komen yang lain takut dengan bayang sendiri yang akan dibongkar oleh lidah putra????Sedangkan ust iman sendiri yang kena xmarah malah memberi penjelasan ttg penggunaan wang zakat dengan cara berhemah.Tahniah ust Iman atas respon yang diberikan dan memudahkan kami mahasiswa mengetahui kemana perginya wang zakat UPM..adakah kalian yang komen2 sedar bahawa mendoakan perkara yang buruk adlah tidak elok..itu pandangan dari lidah putra yang mungkin dia rasai ataupun dari sahabat2 mahasiswa yang lain merasainya...tepuk dada tanyalah iman...waallahualam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak mcm pegawai2 dan staf2 UPM je yang menulis komen2 yang mendoakan penulis blog nie bkn2????? mcm takut je bunyinya...ade benda yang salah ke yang dilakukan yang diketahui oleh lidah putra sehingga memberi komen2 yang tidak berasas.....sepatutnya menasihati bkn mendoakan benda yang buruk...contohilah ust Iman yang menjawab dengan berhemah dan memberi penjelasan ttg kemana perginya wang zakat..cara mcm 2lah harus dicontohi..pttlh kempen budi bahasa budaya kita yang dijalankan tidak mendapat sambutan rupa2nya ada yang masih xingin mengamalkannya kerana suka mengeluarkan kata2 yang xberasas...

      Delete
  22. Sebagai respon terhadap dakwaan “…Kalau hendak dikatakan duit zakat UPM habis untuk membuat program saya tidak pernah nampak pun kerana selalunya bajet yang dapat daripada pusat zakat UPM pun tidak sampai RM1000.00…”, berikut adalah sebahagian daripada senarai kelulusan Dana Agihan Aktiviti Kerohanian Asnaf Fisabilillah; Bantuan Persatuan/Badan UPM (Kod Agihan: 9400/55D) –

    1) PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    Program MaulidurRasul – Kelulusan RM8,000.00
    Program Kursus Sembelihan dan Ibadah Korban – Kelulusan RM6,500.00
    Program Kem Solat Remaja – Kelulusan RM1,950.00

    2) FAKULTI-FAKULTI
    Program Lonjakan Prestasi Akademik – Kelulusan RM17,000.00
    Program Hidup BerTuhan – Kelulusan RM2,000.00
    Program Lawatan Ilmiah – Kelulusan RM1,800.00
    Program Solat Hajat Perdana – Kelulusan RM800.00
    Program Ilmiah “What is your legacy : Be the change you want to see” – Kelulusan RM600.00

    3) KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN
    Program Ihya Ramadan K13 – Kelulusan RM4,500.00
    Program Sosial Teruna Dara – Kelulusan RM4,100.00
    Program Idola Ummah Sejati – Kelulusan RM4,000.00
    Program Karnival Memoir Junjungan Ummah – Kelulusan RM4,000.00
    Program Kem Jana Rindu “Truth Believe” – Kelulusan RM3,500.00
    Program Festival Islam – Kelulusan RM2,000.00
    Program Ihya Ramadan K17 – Kelulusan RM1,500.00
    Program Ramadan Bulan Ibadah (RAUDAH) – Kelulusan RM1,300.00
    Program Bengkel Jiwa Positif dengan Solat – Kelulusan RM1,200.00
    Program Bi’ah Solehah – Kelulusan RM1,100.00
    Program Rehlah AJK Pelaksana Surau – Kelulusan RM1,100.00
    Program Minggu Penghayatan Islam – Kelulusan RM1,000.00
    Program Kempen “Make it Right” – Kelulusan RM800.00
    Program Serumpun Kasih – Kelulusan RM300.00

    4) PMIUPM
    Program Kembara Kebajikan – Kelulusan RM1,500.00
    Program Bedah Buku – Kelulusan RM1,200.00
    Program Kem Inspirasi Putra – Kelulusan RM850.00
    Program Armageddon 2012 – Kelulusan RM500.00
    Program Bicara Tentang Cinta – Kelulusan RM300.00
    Program Hatimu Milik Siapa – Kelulusan RM300.00

    5) KEPERTAMA
    Program Kursus Kerohanian Bakal Pesara UPM – Kelulusan RM4,000.00

    Dalam konteks tatacara agihan di UPM, Asnaf Fisabilillah ialah apa-apa aktiviti yang menjurus kepada keperluan dan maslahah untuk menegak dan mengembangkan syiar Islam di dalam dan di luar UPM, termasuk segala bentuk usaha yang berbentuk dakwah Islamiyyah untuk memperkukuh dan meningkatkan penghayatan Islam di kalangan warga Muslim UPM. Fi sabilillah juga merangkumi penganjuran program-program seperti seminar, ceramah, kursus, program bina insan, qiyamullail dan lain-lain setelah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pemegang Amanah Zakat UPM. Feb 15, 2012 6:29 PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ustaz,.. saya nak buat kajian berkaitan wakaf pendidikan di UPM ni.. jadi sy perlu kumpul seberapa banyak maklumat yg mungkin untuk menyiapkan tugasan...hurm....boleh saya tau x,

      1. Apakah perkembangan terkini wakaf berikut.

      2. Apakah perkara lain yang perlu ada untuk membangunkan wakaf di setiap universiti berikut dan dari mana sumber wakaf itu didapati.

      3. Bagaimana sumber wakaf itu dibelanjakan.

      4. Bagaimana menghadapi masalah dengan majlis agama atau masalah selainnya.

      segala bantuan sy dahulukan dgn TQ :)

      Delete
  23. banyak pahala penulis

    ReplyDelete
  24. hah !!! padan muka korang tak larat nak baca. usik lagi .. tapi ustaz ni mmg cool... mcm mcm label orang bagi kat dia ... tak pa ustaz ...tenang.. ni semua ujian ustaz... maaf kan penulis blog ni jgn le sebut jumpa kat padang masyar ..itu mcm tak tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarkah saya menyebut soal "jumpa kat padang masyar" dalam mana-mana post di sini sebelum ini? Saya tidak akan sesekali pernah untuk berhasrat menemui sesiapa pun kelak di Mahsyar, selain daripada kekasih agung.

      Delete
  25. bagus ust....atleast mahasiswa tahu perbelanjaan wang zakat....tidaklah mahasiswa tertanya2...

    ReplyDelete
  26. tahniah pada penulis coz dengan cara ini dpt juga kami mahasiswa mengetahui peranan pusat zakat UPM...terima kasih jgk pada ust. coz menerangkn perbelanjaan wang zakat

    ReplyDelete
  27. Sehingga kini, pengurusan zakat di UPM telah diaudit oleh dua (2) entiti iaitu Bahagian Audit Dalam, Pejabat Naib Canselor UPM dan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) secara berkala .

    Audit yang dijalankan adalah merangkumi skop-skop seperti berikut:
    (1) Struktur Organisasi.
    (2) Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UPM dan Jawatankuasa Agihan Zakat UPM.
    (3) Perundangan, Garis Panduan, Tatacara dan Peraturan.
    (4) Penyata Peruntukan dan Perbelanjaan Akaun Agihan vot: 6215600.
    (5) Penyata Peruntukan dan Perbelanjaan Akaun Amil vot: 6219200.
    (6) Tanggungjawab Mengutip, Memungut dan Mengumpul Zakat.
    (7) Tatacara Agihan dan Fatwa Sistem Agihan Zakat
    (8) Prosedur Permohonan Bantuan Zakat

    Dalam Laporan Audit Pengurusan Tabung Amanah Zakat di Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM setebal 42 mukasurat yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Universiti UPM (SULIT : A00072 – Laporan Terperinci), menyimpulkan : “Secara keseluruhannya, audit berpendapat UPZK telah merancang dan melaksanakan pengurusan kutipan dan agihan zakat dengan sangat teratur. UPZK juga mempunyai garis panduan dan perjanjian yang disediakan antara LZS dengan UPM untuk dijadikan panduan”.

    Di kesempatan ini, pihak UPZK mempelawa “lidahputra” untuk mendaftar sebagai pemerhati luar bagi memantau proses audit terkini yang akan dilaksanakan oleh pihak LZS pada 20 Feb 2012 (Isnin) jam 9:00 pagi di pejabat UPZK, Kompleks Mahasiswa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8947 1332/1328 atau layari www.fund4knowledge.upm.edu.my, atau www.aneqa.com/ezakatputra. Sekian, terima kasih.
    Feb 16, 2012 02:00 PM

    ReplyDelete
  28. bagus tu, ust kena ingat selalu kisah nabi luqman hakim dengan putera dan keldainya. ade jer kutukn org dia. nek keldai salah, x nek pun salah, nek dua-2 salah gak. hbis tu nak bg keldai tu kat sumer org gak ah

    ReplyDelete
  29. Salamun alaik...

    saya bukan nk menyebelahi mana2 pihak. cuma jgn kita terlalu taksub pada kebaikkan kita lalu hnya melihat pada buruk orang semata2.

    nabi xajar kita untk cari salah orang lain. biarlah urusan dia dengan Allah.

    yang benar, tetaplah benar. dan yang salah tetaplah salah.

    dan pada pendapat saya ,menulis sesuatu yg lbh positif i2 lbh memberi makna. ingat, penulisan ini bakal ditanya kelak oleh Allah taala.

    jika benar salah, nabi masih melarang kita menghebhkan kepada orang ramai tntg aib seseorang..kecuali perkara itu akan memberi satu mudarat yg besar kepada umat.

    wallahualam.

    ReplyDelete
  30. Org yang punya blog ni dh jdk mcm anjing mpp..cakap maen lepas je x pk ape2..ni smua psal msa jdk mpp dieorg x buat kerja..bla nk plihanraya baru la nk kata semua salah..diaorg je btl...blaja x abis nk sibok maen politk.. aku penah tanya dak mpp siapa yg mogok2 msa plhan raya dlu smpai pintu admin pecah.. dengan bangga dan yakin dia kata kami dan student2 UPM kerana kami nk memperjuangkan hak kami (MPP)... taik ko la hak.. buat malu UPM je..bengong punya MPP- (Majlis Pandai Putarbelit)

    ReplyDelete