 |
EN. DAHLAN ISMAIL |
|
 |
CIK MASDIRA |
Selamat datang ke semester kedua bagi sesi 2011/2012. Seperti yang rakan-rakan mahasiswa ketahui bermula semester lepas prosedur aktiviti pelajar telah bertukar. Apa yang saya ingin maklumkan adalah kenapa prosedur baru ini menyusahkan mahasiswa sehingga membuatkan mahasiswa tidak pergi ke kelas semata-mata ingin menghantar kertas kerja dan mendapatkan kelulusan untuk beraktiviti. Apa yang dimaklumkan oleh MTM saya, kertas kerja hanya boleh dihantar pada minggu pertama dan minggu ketiga sahaja. Selain itu untuk meluluskan kertas kerja tersebut mahasiswa perlu membentangkannya didepan panel yang terdiri daripada para pegawai Universiti. Kelulusan kerja hanya akan keluar 7 hari bekerja dan 3 hari selepas perbentangan. Persoalan yang bermain dalam pemikiran saya ialah apakah rasionalnya apabila prosedur aktiviti pelajar berubah sehingga sedemikian rupa? Memang tidak dinafikan kelulusan untuk program dalam masa 7 hari bekerja tetapi adakah kita mahasiswa ini sedar yang kita telah ditipu oleh para pegawai Universiti ini. Adakah kita mahasiswa ini dimaklumkan pada hari kejadian perbentangan kertas kerja kita mendapat kelulusan atau pun tidak? Bagaimana kalau kertas kerja tidak lulus? Ini akan menyusahkan mahasiswa yang telah membuat pelbagai persiapan apabila kertas kerja tidak lulus. Selain itu kelulusan kertas kerja hanya dimaklumkan apabila ingin mengambil surat kelulusan itupun apabila telah seharian berada di HEP. Jadi bagaimana mahasiswa hendak mendapat Kemahiran Insaniah kalau prosedur aktiviti pelajar yang merumitkan mahasiswa untuk beraktiviti. Adakah ini salah satu tektik daripada HEP untuk membuang mahasiswa daripada kolej kediaman? Selain itu tarikh perbentangan kertas kerja juga dimaklumkan agak lambat dan ini memang menyusahkan mahasiswa untuk mengatur jadual sehingga mahasiswa sanggup untuk ponteng kelas semata-mata ingin membuat perbentangan. Selain itu, surat kelulusan juga selalunya keluar lambat tidak seperti yang dijanjikan oleh pegawai yang bertugas. Kadang-kadang mahasiswa ini diperbodohkan oleh pegawai yang terlibat apabila surat yang sepatutnya keluar pada sebelah pagi tidak juga keluar kadang-kadang terpaksa tunggu seharian semata-mata ingin mendapatkan surat kelulusan. Saya sungguh kecewa dengan sikap En. Dahlan Ismail bin Abu Bakar dan Cik Masdira binti Mat Husin apabila program yang dianjurkan oleh persatuan yang tidak menyokong kepimpinan Universiti selalunya ditentang oleh mereka berdua ini. Kemanakah hak kami sebagai mahasiswa apabila kami mahasiswa yang menentang pengurusan Universiti ini melalui prosedur yang terlalu rumit untuk mendapatkan kelulusan. Kami mohon En. Dahlan Ismail bin Abu Bakar dan Cik Masdira binti Mat Husin menjawab isu ini sebelum hal ini kami bawakan kepada Dato' Naib Canselor.
biasa la pemimpin perlu berkorban...peace =)
ReplyDeleteSapa suruh ponteng kelas...cakap je la korang ada kelas...bodo!.tak yah la pegi pembentangan. Tak pub boikot je. Tak yah buat apa-apa proram...hahaha
ReplyDeletekorang nk tau kenape diorg wat camni....sebab banyak kolej wat aktiviti rubbish giler..malas nk sebut la..tapi ade satu kolej ni...pergghhhh kalo dulu tiap2 minggu ade aktiviti aku duk sebelah kolej die asyik tergelak je..sebab nengok diorg wat aktiviti terlampau bnyk but no benefit..bagi student penat ade la..mula2 seronok tapi kalo sampai tiap2 minggu atau dua minggu sekali..sempat ke nk rehat bro...kolegiat kolej tu sendiri fed up..tapi disebabkan nk layan sgt tradisi ni...kolej paling bnyk aktiviti...follow je la..kalo x kene buang kolej...yang penting bukan k2 kosas apatah lagi kmr sebab ...phm2 je la
ReplyDeletekenapa blog ni disekat oleh UPM? takut ke tembelang dan atau aktvt tidak sihat diketahui pelajar? :)
ReplyDeleteDISEKAT SBB NAK MAHASISWA UPM BELAJAR BUKAN BUAT FITNAH ATAU BUAT DOSA KERING KAT UPM. PENAT MAK BAPAK ANTO BELAJAR TP BUKAN BELAJO BUAT KERJA2 BODOH BANYAK LA. POINTER JATUH PINJAMAN DI SEKAT, DITAMATKAN. BILE DAH JD MCM TU SIBUK DTG PEJABAT AKADEMIK MINTAK PENGECUALIAN YURAN , JUMPE PEGAWAI BHEP TANYE X ADE BANTUAN YURAN KE, BANTUAN SARA DIRI. KUTUK MATI2 BILE SUSAH CARI GAK ORANG PENTADBIRAN,
ReplyDelete