Monday, 13 February 2012

Suksis dan Palapes bukan entiti UPM

En. Nor Azlan bin Mohammed
Lt Kol Othman Bin Jalani
Baru2 ini kecoh mengatakan yang suksis dan palapes bukan entiti UPM kerana mereka tidak boleh mengundi dan bertanding. Adakah ini semua betul atau propaganda yang dimainkan oleh sesetengah pihak untuk memalukan UPM. Hasil daripada kajian kawan2 UPM rupa2nya benda ini bukannya propaganda tapi memang kenyataan kerana mereka dilarang bertanding dalam pemilihan pewakilan pelajar dan terlibat dengan mana2 aktiviti UPM tidak kira sama ada daripada peringkat Universiti ataupun KPT. Mereka dihalang terlibat oleh pegawai2 Universiti yang menjaga dua entiti ini. Pegawai yang menjaga Suksis adalah En. Nor Azlan bin Mohammed Pegawai khas TNC(HEPA) dan juga merangkap DSP/KS NCR bagi suksis UPM dan Lt Kol Othman Bin Jalani pengetua kossas dan juga merangkap Timbalan Komandan Palapes UPM. Mereka berdualah entiti yang menghalang mahasiswa UPM yang menyertai suksis dan palapes daripada bergiat dengan aktiviti Universiti dan KPT. Adakah mereka berdua ini tidak mengetahui yang mahasiswa yang terlibat dengan suksis dan palepas juga mempunyai hak untuk bertanding dalam pemilihan pewakilan pelajar UPM. Nampaknya Mahasiswa yang terlibat dengan suksis dan palapes ini telah ditanam supaya tidak menyokong UPM dan hanya terlibat dengan dunia mereka sendiri. Kalau macam tu suksis dan palapes bolehlah membuat kolej mereka sendiri dan keluarkan susksis dan palapes daripada UPM. Mohon TNC HEPA kita menyiasat dakwaan ini kerana mereka berdua ini akan menjejaskan imej baik UPM di mata KPT nanti.

4 comments:

  1. wohoo. lancangnya berkata-kata wahai saudara/i

    ReplyDelete
  2. bohong...mana ada halangan pape dr pihak palapes...siap ade yg jadi mpp tu ape cite? xde halangan papepon...diberi keutamaan lg adelah sbb senang nk cari kekuatan bila ada program yg perlukan penyertaan...sgt2 xsetuju kenyataan diatas...

    ReplyDelete
  3. tahniah kerana anda berjaya untuk membangkitkan isu tentang palapes dan suksis.kami ingatkan palapes dan suksis tidak diambil berat oleh upm.sebelum anda berkata2,apa kata anda cuba menyertai kami dan hidup bersama dengan kami.palapes ade je bekas MPP dan sekarang ini memegang jawatan sbg MPP.kawan palapes sy trun pdang mengundi untuk calon MPP.sy tak nampak dimana ketidak bebasan tu. ? buat statement berdasarkan pemerhatian dan kajian.jangan jadi bodoh sombong

    ReplyDelete