 |
|
Pn. Siti Noriza binti Samad
|
 |
|
Pn Siti Jumaah Binti Osman
|
Sudah tiga hari kuliah bermula tetapi PTPTN tidak masuk lagi. Dimanakah puncanya sehingga kelewatan PTPTN ini berlaku. Adakah punca dari sikap mahasiswa ataupun daripada pentadbiran Universiti. Adakah pihak universiti memandang remeh tentang isu ini keranan ini berkaitan dengan kebajikan pelajar. Setahu saya selalunya punca kelewatan kemasukkan pinjaman PTPTN ini berpunca daripada lepas tangan pegawai yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Apa yang dimaklumkan kepada saya punca kelewatan ini adalah disebabkan daripada pihak pentadbiran Universiti yang lewat menghantar keputusan peperiksaan kepada PTPTN. Selain itu, pihak senat juga telah meluluskan keputusan peperiksaan itu agak lewat pada 15 Februari yang lepas sedangkan pihak PTPTN memerlukan masa 14 hari bekerja untuk proses meluluskan pinjaman kepada mahasiswa. Jadi memang tidak logiklah kalau kita hendak mendapat pinjaman sebelum masuk belajar. Selain itu kami mahasiswa memohon penjelasan daripada Pn. Siti Noriza binti Samad dan Pn Siti Jumaah Binti Osman tentang kelewatan ini kerana mereka berdua merupakan pegawai yang menjaga tentang unit penajaan pelajar dan unit kebajikan pelajar. Adakah mereka berdua ini tidak tahu yang PTPTN ini merupakan nadi kehidupan kepada semua mahasiswa. Mungkin mereka berdua ini selesa diatas sampai melupakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Selain itu, pemberitahuan daripada MPP agak lewat jugalah kerana kami mahasiswa sudah masuk dan kami tidak membawa duit belanja secukupnya. Selain itu duit PTPTN juga merupakan duit perbelanjaan kami semasa di Universiti. Kami mahasiswa bukannya terdiri daripada keluarga yang berada jadi agak susah juga kepada kami untuk meminta duit belanja daripada keluarga di kampung. Saya memohon kerjasama daripada semua pihak untuk memantau pegawai yang bertugas diatas. Selain itu kerjasa daripada MPP amat kami hargai kalau isu ini boleh dibawa kepada Dato' Naib canselor supaya kejadian ini tidak berulang lagi.
sabaqqq noo...
ReplyDeletelen kali dua minggu sebelum masuk update dulu,,,semua u dapat lambat kot sebab result kuar lambat..ko ingt lecture ko robot nk tande laju2..ptptn ni kan ade kaitan ngn result..kalo result teruk die blok paham..hish tu la perangai budak setahun jagung yang xpandai nk research name je mahasiswa
ReplyDeletekalu da sampai nak abis sem still x dpt lagi...masuk akal ke camtu????
ReplyDeleteSaya ni dah hantar borang ptptn 26 September. Kawan kawan saya dah dapat dah duit tu. Saya je belum dapat lagi. Banyak bnde nak bayar. Beli buku lagi. Saya ni bukannya anak orang senang pun. Haihh. Sedih lah mcm ni. Dah sebulan dah ni. Apa semua ni ? Dah kol org ptptn. Katanya akan masuk isnin lepas. tapi masih tak ada. Saya tak tahu nak buat apa lagi dah. :((((
ReplyDeleteah shit.. then what really happens then? did you get it?
ReplyDeleteKenapa duit PTPTN saya belum masuk,lebih 2 minggu
ReplyDeleteSamapi ke sudahlah kalau pihak atasan buat tak endah..bukan semua mak ayah bagi duit cukup untuk sara diri..DUIT UNI BANYAK BANYAK TAPI TAK PANDAI GUNA PULAK
ReplyDelete