Sunday, 12 February 2012

Konspirasi Kompleks Mahasiswa

TNC HEPA UPM
Siapakah yang menjadi dalang konspirasi kompleks mahasiswa ini.? Menjadi pertanyaan kepada saya apabila stor peralatan mahasiswa untuk persatuan dan kelab yang diberikan kepada UPMI adalah arahan daripada TNC HEPA. Adakah TNC HEPA kita ini tidak mengetahui yang kompleks mahasiswa ini adalah kepunyaan mahasiswa. Bagaimanakah beliau boleh dilantik menjadi TNC HEPA sedangkan beliau sendiri tidak mengetahui tugas sebagai TNC HEPA ataupun beliau lupa tugas dan tanggungjawab sebagai TNC HEPA kerana sanggup memberikan hak mahasiswa kepada UPMI disebabkan ingin mencari untung. TNC HEPA juga tidak memainkan peranan sebagai penasihat kepada MPPUPM dan menjaga kebajikan mahasiswa.. TNC HEPA UPM ini juga sering dilihat seperti tiada masa bersama mahasiswa kerana sibuk bermain golf bersama kenalannya. Adakah TNC HEPA sebegini layak duduk di UPM SERDANG ini sedangkan ramai orang tahu yang UPM ini adalah anak emas kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) . Nampaknya kecermelangan UPM di mata KPT semakin menurun disebabkan kepentingan peribadi TNC HEPA mengatasi tanggungjawab dan tugasnya.

3 comments:

  1. Saya sangat respect pada Yg Berbahagia Tnc HEPA ni.. beliau menunjukkan ciri2 seorang pemimpin yang bijak dan pandai.

    hanya pandai bercakap tp apa pun tak tahu. Yang die tahu pergi main golf je.

    ReplyDelete
  2. Woiii!!! usah hilang pertimbangan

    ReplyDelete
  3. tau plak kau UPM ni anak emas KPT....yang korang pergi buat hal 2 kenapa?? dia pergi maen golf 2 sbb atas kerja..untuk membersihkan nama UPM...ko mana tau benda2 mcm 2..yg ko tau komplen n mogok je..

    ReplyDelete