Thursday, 16 February 2012

Kemana Hilangnya Duit Aktiviti Pelajar

Pn. Saliza binti Mustafa
Menjadi persoalan didalam fikiran saya ke mana hilangnya duit aktiviti pelajar sedangkan setiap kelab ada peruntukan sebanyak RM500.00. Adakah duit aktiviti pelajar telah salah digunakan oleh orang-orang tertentu demi kepentingan diri sendiri atau pun duit banyak habis dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. kadanag-kadang  kami mahasiswa sanggup mengemis berjumpa syarikat-syarikat besar untuk meminta penajaan semata-mata untuk menjayakan progaram. Pernah ke staf-staf yang menyekat peruntukan ini berfikir betapa susahnya untuk mencari penajaan kalau program yang hendak dibuat tidak sampai 3 bulan? Adakah kami masuk ke Universiti ini untuk mencari penajaan untuk membuat program atau pun untuk belajar? Sedih saya melihat junior-junior tahun satu sekarang ni nak membuat program je mesti kena sekat disebabkan bajet tidak ada.  Macam mana junior-junior nak mendapatkan merit dan kemahiran insaniah kalau duit untuk membuat program pun disekat. kalau dulu nak pinjam barang kat HEP semuanya ada, sekarang ni nak pinjam khemah pun kena sewa kat luar. Adakah HEP sudah tiada duit untuk membeli barang-barang peralatan mahasiswa ataupun duit tersebut habis untuk membuat rumah baru. Hati bertambah sedih apabila melihat padang kawat dimana adanya court dodge ball, street soccer dan wall climbing macam dibiarkan sahaja. Dulu katanya nak jadikan dogde ball dan street soccer sebagai sukan teras Universiti tapi sekarang hanya tinggal garisan sahaja. Apa yang saya dengar daripada senior-senior dulu, masa membuat court tersebut menelan belanja yang besar dan mendapat tajaan daripada TM tapi sekarang ni court-court tersebut dibiarkan begitu sahaja bermandikan hujan. Adakah kita sebagai mahasiswa hendak membiarkan sahaja perkara-perkara yang berkaitan dengan mahasiswa ini disekat oleh Seksyen Tabir Urus yang diketuai oleh Pn. Saliza binti Mustafa. Apa yang saya tahu Pn. Saliza Mustafa inilah yang meluluskan kewangan berkaitan dengan program pelajar. Yang menjadi persoalannya adalah kenapa kolej KTDI selalu mendapat penajaan adakah disebabkan beliau merupakan bekas felo kolej KTDI? 

8 comments:

  1. Admin, harap je gi kelas cybertrooper tp design blog fail, ko buang la lagu tu. wat sakit ati je nak pause tiap kali bukak page lain. Wat org bosan nak dtg blk blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog sampah giler.lagu tu lagu tema untk bloger sebab rasa bersalah buat blog yg shitbrit ni.

      Delete
  2. apa barang gi kelas cybertrooper.belaja sendiri k. lagu kasi lembutkan hati orang.

    ReplyDelete
  3. cybertrooper tu aper ya..aku dengar prog. tu kpt buat kan bwh pengarah bhep kpt...admin bosan kena approve..takut robot.mcm baru belajar

    ReplyDelete
  4. Kalau lembut orang tak komplen. Ini lembu. Buang la weh, ni aku click post lain start balik lagu, click post lain start blk lagu. Cikgu kelas cybertrooper ko tak bagus la weh...

    ReplyDelete
  5. realiti masa kini..

    ReplyDelete
  6. SITUASI SEBENAR : Seorang nenek yang baru pulang dari membeli ubi telah dilanggar lori dan mati di tempat kejadian.

    MEDIA ORANG KITA

    Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu lori dicari."

    Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

    Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar lori satu propaganda pembangkang?"

    Harakah - "Kami tiada lori."

    Malaysiakini - “Lori langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

    Twitter @ 1Malaysia - "Nenek sanggup mati kerana ubi 1Malaysia, satu lagi bukti kualiti dan digemari"

    Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar lori."

    PERKASA - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar, akibat ubi dan lori orang-orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

    Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar lori diabadikan dalam filem terbaru David Teo, LORI GANGSTER."

    Mastika - "Misteri pemandu lori: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

    DetikDaily "Pengarah filem “LORI DRIFT” ..rupa-rupanya seorang nenek"

    Papamomok- video lucah nenek dalam lori terbongkar...

    MYKMU - "Nenek dan pemandu lori adalah agen Yahudi"

    RTM - "DNA pemandu lori padan dengan DNA “Y"

    BERNAMA : "Kerana lambat mencabut ubi di kebun milik pemandu lori, seorang nenek terpaksa dimasukkan ke Sekolah Harapan Melaka. Ini menjadikan nenek tersebut memegang rekod sebagai penghuni tertua sekolah berkenaan."

    URTV - Nenek sensasi “ubi” hangat bercinta dengan “Pemandu Lori”...

    zool koolim : Saya percaya 110% nenek ni ada skandal dengan ubi itu.

    Trio Datuk T: Pemandu lori mesti sedia sumpah laknat tidak terlibat dengan video nenek...

    MANGGA - panass! poster pemandu lori dalam kolam renang bersama makcik ubi !


    MEDIA ORANG LAIN

    Jepun – robotic technology

    USA – genetic reengineering

    Britain – economic restructuring

    Cuba – vaccine breakthrough

    India – empowering software industry

    China – taking over US market

    ReplyDelete
  7. ni la lgi sorang...xabiz2 pasai duit..duit2 duit...xde bende lain.. lantak pi la diorg nk pakai ke ape ke...sebenarnye kalo nk tau kebanyakan alumni puji tau cara2 generasi sekarang yang dah pandai cari bajet,boleh cakap ngn orang korporat,boleh tau selok belok cam mana nak tackle client..its learning time..hai..dah dapat bende baik..duit jugak die pandang..percaya la setiap musibah ada hikmahnya..jangan jadi buta ok...kalo dia mmg guna duit tu jalan salah,,,lantak pi die dengan Allah..tu urusan die sbb xamanah...kite xwat salah ape..belajar dari musibah tuk create yang positif..think out the box ok

    ReplyDelete