|
En. Sharudin Sharani, Presiden Kelab Felo UPM |
Setiap kolej dalam UPM mempunyai felo sekurang-sekurangnya 10 orang. Tapi sejauh mana felo ini melakukan tugas-tugasnya. Adakah felo-felo ini duduk didalam UPM sekadar ingin mendapatkan penginapan yang percuma sehinggakan tugas sebagai felo diabaikan. Majoriti felo-felo dalam UPM ini terdiri daripada pelaja-pelajar master yang kebanyakkan mereka inginkan penginapan secara percuma. Kadang-kadang sikap felo-felo yang bujang ini juga sangat melampau sehinggakan mengajar mahasiswa-mahasiswa yang tidak menginap didalam kolej untuk menginap secara haram di rumah mereka. Kebanyakkan daripada felo UPM ini sendiri tidak menyokong pengurusan Universiti. Mereka inilah layak digelar "musuh dalam selimut" yang selalu mengajar mahasiswa/i untuk menentang pengurusan Universiti. Kalau kita tengok sekarang ini pun berapa banyak kolej yang ada aktiviti yang boleh memberi impak kepada Universiti dan mahasiswa/i sekarang? sudah semestinya tidak pernah ada. Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej kediaman pun ramai yang terabai dengan sikap segelintir felo yang tidak tahu tentang tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Apa yang felo tahu adalah meting dengan pengetua kolej sambil makan-makan dan juga memberitahu pengurusan kolej tentang masalah rumah mereka. Saya sebagai mahasiswa juga meluat dengan sikap felo-felo UPM ini kerana mereka tidak pernah ambil tahu hal mahasiswa/i. Apa yang felo-felo ni tahu adalah setiap program-program kolej wajib menjemput mereka satu keluarga dan mendapat layanan bertaraf VIP. Adakah felo-felo UPM ni sedar yang mereka sebenarnya tidak diperlukan pun oleh kami mahasiswa kerana mereka ada pun tidak menyenangkan malah lebih menyusahkan kami sebagai mahasiswa. Pada akhir semester kedua, felo-felo ini sibuk untuk membuang mahsiswa yang tidak aktif didalam kolej sedangkan mereka pun tidak aktif tidak pun dibuang. Kami sebagai mahasiswa ingin En. Sharudin Sharani, Presiden Kelab Felo atau pun pengurusan kolej dan Universiti untuk memantau felo-felo UPM ini. Kalau tiada jawapan bagi entry ini, akan ada lagi pendedahan-pendedahan yang panas-panas tentang felo-felo UPM ini.
Dalam banyak2 post ko yang ngarut, yang ni aku stuju. Masalah felo 'tumpangan' ni dah wujud sejak sekian lama. Skarang ni lak makin menjadi2. Felo duduk sekadar nak lepaskan duit sewa, bil api-air, pas tu lagi best suruh student jadi babysitter. Apekebende nih? pas tu turun meeting ngan student berlagak handal bukan nak selesai masalah, lagi wat serabut aktiviti student. Tolong la bantu, bukan tolong kondem tak tentu pasal. Ada lagi, felo2 master ni. Felo ni macam abang, abang, akak, akak yang tolong adik2 yang baru nak belajar hidup ni. Bukan jadi tan sri, dato sri, sri murni turun aktiviti. Berlagak tak tentu pasal macam dah lama hidup. Mengajak student untuk jadi anti-establishment. Benci kat pengurusan kolej, benci kat pengurusan universiti. Weh, orang dulu ajar student hormat staf2 universiti/kolej macam parents kita no.2 kita semasa kat universiti. Tak boleh nak hormat jawatan dia, hormat dia sebagai orang yang lebih tua. Adab da takda ka? Ajar mende ngarut2 kat student, konon la kena mintak hak macam2. Itu pergi bagitahu la kat orang yang buat polisi universiti. Ini geng-geng pelaksana polisi yang korang dok amukkan. Ada lagi best, bila dah kantoi bagi 'hai hong' kat orang luar, mengamuk lak... kata orang tu kena kita tak kena. Sengaja aim kita. Yang penting dah wat salah tu, tetap salah. tak payah nak tuding jari kat orang lain. langsung tak gentlemen. Gentel man ade. Semua anggap diri tu dah super handal. Pigi dah! blajar respek orang, orang respek kita. Respek kat orang tua. Respek kat orang bagi kita selesa nak belajar!
ReplyDeletecubelah jgn asik mencari salah orang je.....erm...
ReplyDeletebeb..kadang2 pengurusan kat kolej tu menyampah n berlagak gak..campur tangan hal felo ..tu mungkin felo menyokong bankang pengurusan..
ReplyDeleteluahan perasaan yg mesti didengar dan amik tindakan.. wa tabik sama lu
ReplyDeletemungkin kita rasa felo x berfungsi sgt... tp... bila dorg dilibatkan sama dalam aktiviti kolej... baru kita akan nampak betapa felo2 ni... sangat bersungguh - sungguh dalam memeberi kerjasama untuk jayakan program... n ada jugak masanya, kita tak mampu nak wat apa yg felo blh buat.... mgkin sy tak tau pasal felo lain... tp felo kolej saya sangat bg komitmen... termasuk alumni2 kolej yang dijemput join aktiviti kitorg... tau kolej mane? kolej dua belas tercinta....
ReplyDeletekami duduk kolej gak tapi xterase terabai pun....bukan semua felo mcm tu jngn hanya mencari kesalahan...libatkan felo dan selalu tanya pendapat mereka baru la felo2 ni dekat dgn student
ReplyDeletealhamdulillah. stkt ni kolej yg aku stay xde masalah. semua felo jlnkn amanah masing2. smua aktiviti dlm kolej , semua felo akn sama2 turun pdang wlaupun kdang2 mereka tak trlibat secara langsung dlm sesuatu program tu.
ReplyDeletependapat aku :
ko kurang aktif dlm kolej, yang mana kolej buat aktiviti ko xjoin, sebab tu ko xnmpk fungsi felo.
ko xcuba kenal pun felo dlm kolej, cubalah kenali felo. apa guna dok kolej kalau felo pun xknal.
mungkin ada sesetgh felo yg mcmtu, tapi buknlah semuanya. yela, felo pn bkn smuanya bujg, ada je yg dh kahwin, ada komitmen lain, mereka manusia seperti ko, manusia seperti aku, buknnya sempurna.
jgn hnya sebab sorang felo, entry ko nak kutuk semua felo upm ni. aku pun bknnya rapat ngn felo, just kenal. felo kolej ak yg aku kenal smuanya xsama mcm yg ko ckp.
yg pnting, felo kolej mana yg kau ckp ni? haha. xkn smua felo kt upm ni ko knal.
Salam bro lidahputra...respect gile rr same lu..brani bongkarkn kebenaran.pasal felo yang ntah ape2 ntah ni mmg terbaik.felo yang byk masalah ni dh lame dh.dr ak blaja dulu smpila ke skarang same je..bukan nk tlg student sgt tp nk hidup senang je.sume ni kaki bodek je bro..haha..kasi bongkar byk lg masalah upm bro...haha
ReplyDeleteada yang betul juga namun perlu ingat, x semestinya dalam setandan pisang tu, semua buruk..=)
ReplyDeleteFelo KOSASS terbaikk.
ReplyDelete