Monday, 24 September 2012

Kabinet SPU Memeningkan Kepala


Hari ini Arif Baba telah mengeluarkan Kabinet Siswa Penggerak Universiti (SPU). Nampaknya SPU ini macam telah dirancang awal oleh Arif Baba sebelum Pemilihan Pewakilan Pelajar kerana  SPU ini nampak  lebih tersusun tidak macam pergerakan pelajar yang lain. Adakah ini merupakan satu langkah awal permulaan kepada pergerakkan pelajar yang baru? Siapakah yang dikatakan STAR diatas? Adakah ianya Arif Baba ataupun orang luar? Hari ini makin ramai calon dan mantan MPP yang mengeluarkan status untuk bersama-sama dengan SPU. Adakah SPU ini akan terus kekal sebagai satu badan yang akan menggerakkan pelajar di UPM ini ataupun ianya akan berkubur selepas Pemilihan Pewakilan Pelajar? Mohon Arif Baba untuk mengeluarkan kenyataan berhubung berkenaan dengan kabinet ini ataupun ianya adalah sebagai langkah untuk mempromosikan MLM beliau. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dijawab oleh Arif Baba.

1 comment:

  1. hahahaa rasanya ariff ni tak ubah mcm perkakas org2 dalaman HEP sendiri yang tak puas hati dengan TNC HEP...

    ReplyDelete